| data archival | pengarkiban data | Geografi | Tiada | Tiada |
| picture archiving and communications system (PACS) | sistem komunikasi dan pengarkiban gambar (PACS) | Teknologi Maklumat | e-Kesihatan | Teknologi pengimejan perubatan yang digunakan untuk menyimpan, memperoleh, membentang dan berkongsi imej yang dihasilkan oleh pelbagai peranti perubatan seperti sinar-X, imbas CT, mesin MRI dan ultrabunyi. |
| audiolecture | audiokuliah | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Bahan pembelajaran berbentuk audio hasil daripada proses rakaman dan pengarkiban kandungan kuliah, syarahan, persidangan atau seminar. Lihat juga siar pod, webinar. |
| extract-transform-load (ETL) cycle) | kitaran ekstrak-ubah-muat (ETL) | Teknologi Maklumat | Perisian | Kitaran hayat yang mengandungi beberapa langkah pelaksanaan, iaitu permulaan kitaran, pembinaan data rujukan, pengekstrakan, pengesahan, pengubahan, pemeringkatan, pelaporan audit, penerbitan, pencapaian, pengarkiban dan penghapusan data. Proses kitaran ini melibatkan kekompleksan yang tinggi dan masalah operasi yang signifikan boleh berlaku apabila sistem ETL yang direka bentuk tidak sempurna. |
| medical advanced technology management office (MATMO) | pejabat pengurusan teknologi lanjutan perubatan (MATMO) | Teknologi Maklumat | e-Kesihatan | Sistem yang dibangunkan dan dilaksanakan oleh Jabatan Pertahanan Amerika sebagai sistem pengimejan perubatan yang menggabungkan rangkaian teleradiologi dan sistem komunikasi serta pengarkiban gambar (PACS). Sistem ini menggunakan model prototaip untuk membangunkan produk teleperubatan pada kadar yang pantas dengan bantuan teknologi terkini. |
| Good Laboratory Practices (GLP) | Amalan Makmal Baik (GLP) | Herba | Tiada | Garis panduan berkaitan dengan sistem kawalan kualiti dalam pengurusan makmal dan organisasi penyelidikan untuk memastikan data dan maklumat yang dijana adalah konsisten dan boleh dipercayai. Amalan Makmal Baik melibatkan perancangan, pelaksanaan, pemantauan, perekodan, pelaporan dan pengarkiban bagi sebarang kajian bukan klinikal yang menilai kualiti dan keselamatan bahan dan produk herba. GLP bertujuan untuk menentukan status dan menjamin kualiti, keselamatan dan keberkesanan penggunaan bahan herba. Sinonim GLP. |
| radiology information system (RIS) | sistem maklumat radiologi (RIS) | Teknologi Maklumat | e-Kesihatan | Sistem teras bagi pengurusan imej radiologi secara elektronik. Fungsi utama RIS termasuk pengurusan pesakit, temu janji, penjejakan imej, pengurusan bil dan penjanaan laporan. RIS melengkapi sistem maklumat hospital (HIS) dan sistem komunikasi dan pengarkiban gambar (PACS) untuk amalan kerja radiologi yang cekap. |
| juke box | kotak juke | Teknologi Maklumat | Tiada | Peranti dalam rangkaian yang menyimpan dan memainkan cakera optik berdasarkan permintaan pengguna. Kotak juke mempunyai berpuluh-puluh slot cakera . Untuk mencapai cakera dari slot masing-masing, peranti pemungut akan menyelusur slot atau slot cakera akan bergerak menjajari peranti pemungut. Prestasi jangkauan bergantung kepada susunan slot dan peranti pemungut dan juga berdasarkan ruang di antara cakera dengan peranti pemungut. Masa jangkauan adalah sekitar 85 milisaat manakala kadar pindahan adalah kira-kira 700 Kbit sesaat. Kotak juke digunakan untuk persekitaran storan bermuatan tinggi seperti pengimejan, pengarkiban dan pengurusan storan berhierarki (HSM). |