| structural catalyst promoter | penggalak mangkin berstruktur | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Penggalak mangkin yang bertindak secara kimia dengan menukar atau mempengaruhi kandungan kimia mangkin melalui tindakan dwifungsi kecacatan kekisi atau struktur elektroniknya. Kesan penggalak ini diperhatikan melalui perubahan tenaga keaktifan berkesan dan juga isoterma penjerapan. |
| textural catalyst promoter | penggalak mangkin bertekstur | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Penggalak mangkin yang bertindak secara fizikal, seperti penambahan bahan lengai ke dalam sistem mangkin untuk mengurangkan masalah persinteran dan memisahkan atom mangkin daripada bersentuhan antara satu sama lain. Ia juga mencegah kehilangan keluasan mangkin yang aktif semasa khidmatnya. Contoh penggalak mangkin bertekstur ialah penambahan alumina ke dalam sistem mangkin besi yang digunakan dalam sistem ammonia. |
| booster | penggalak | Teknik | Elektrik | Peranti yang menaikkan voltan sesuatu talian kepada nilai yang dikehendaki setelah mengalami susut voltan yang disebabkan oleh penghantaran tenaga elektrik yang jauh. Bagi bekalan arus ulang-alik, penggalak yang biasa digunakan ialah pengubah penggalak atau set pengimbang bagi bekalan arus terus. |
| core enhancer | penggalak teras | Biologi | Genetik | Jujukan terpulihara yang terdapat di dalam penggalak. |
| catalyst promoter | penggalak mangkin | Kimia | Tiada | Bahan yang meningkatkan keaktifan mangkin, tetapi tidak bertindak sebagai mangkin. Misalnya, aluminium oksida dan kalium oksida bertindak sebagai penggalak mangkin ferum dalam tindak balas hidrogen dan nitrogen untuk membentuk ammonia. |
| penggalak | boosting | Kecerdasan Buatan | Pembelajaran | Teknik pembelajaran mesin yang digunakan untuk mengurangkan ralat dalam analisis data ramalan dengan melatih berbilang model pembelajaran lemah secara jujukan untuk mewujudkan model pembelajaran kukuh. Teknik penggalak ini menambah baik ketepatan ramalan bagi keseluruhan sistem. |
| predisposing factor | faktor penggalak | Pertanian | Agronomi | Faktor yang menyebabkan kekurangan daya tahan tumbuhan terhadap serangan penyakit. Faktor tersebut termasuk kekurangan nutrien dan air serta kecederaan pada tumbuhan yang mendedahkannya kepada jangkitan kulat dan serangga perosak. Keadaan air yang bertakung juga merupakan faktor penggalak yang menyebabkan akar tanaman mudah diserang kulat dan serangga perosak. Contohnya, faktor penggalak bagi penyakit akar perang yang disebabkan oleh kulat Ganoderma pseudoferreum pada koko, kopi dan getah ialah keadaan tanah yang lembap. |
| kaedah ensembel | ensemble method | Kecerdasan Buatan | Pembelajaran | Kaedah pembelajaran mesin bertujuan meningkatkan prestasi dan kestabilan model ramalan dengan menggabungkan beberapa model individu atau model asas untuk menghasilkan ramalan yang lebih tepat. Tiga kaedah utama pembelajaran ensemble ialah bagging, tindanan dan penggalak. Lihat juga bagging, penggalak dan tindanan. |
| booster | penggalak | Fizik | Tiada | Tiada |
| booster | penggalak | Komunikasi Massa | Tiada | Tiada |