| cutover | henti-ganti | Teknologi Maklumat | Tiada | Pemindahan fungsi bagi sesuatu sistem kepada penggantinya pada detik tertentu. |
| demise | kematian | Sejarah | Tiada | 1. Pemindahan kuasa dan kedaulatan yang disebabkan oleh kematian atau perampasan takhta kepada penggantinya.,2. Akhirnya kewujudan sebuah kehidupan sama ada manusia atau benda. |
| over retention of primary teeth | pengekalan gigi primer | Pergigian | Tiada | Fenomena pengekalan gigi desidus di arkus melewati tarikh pengeksfoliatan. Biasanya gigi desidus akan tanggal secara berperingkat mengikut umur apabila kanak-kanak membesar. Gigi desidus akan kekal jika tiada gigi kekal penggantinya atau terdapat halangan pada haluan erupsi gigi kekal pengganti gigi tersebut. Fenomena ini boleh menyebabkan kecacatan daripada segi estetik jika gigi tersebut adalah gigi anterior kerana lebih kecil daripada gigi kekal. |
| substitute goods | barang pengganti | Ekonomi | Tiada | Barang yang boleh diganti dengan barang lain berdasarkan fungsi barang itu kepada pengguna. Misalnya, teh dan kopi adalah dua barang pengganti yang boleh saling tukar dari segi fungsi penggunaannya, iaitu untuk minuman. Permintaan terhadap sesuatu barang akan bertambah jika harga barang penggantinya meningkat kerana pengguna yang rasional akan mengalihkan penggunaannya daripada barang yang mahal harganya kepada barang yang murah harganya. Barang ini mempunyai keanjalan silang yang positif. |
| coup d�Etat | rampasan kuasa | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Rampasan kuasa yang dilakukan oleh pihak tentera atau pihak awam untuk menjatuhkan kerajaan. Rampasan kuasa biasanya dilakukan oleh kelompok kecil kepimpinan tentera atau pihak awam melalui konspirasi politik terancang. Rampasan kuasa biasanya menggunakan taktik mengawal bahagian penting ketenteraan dan memastikan bahagian lain perkhidmatan bersifat berkecuali. Kumpulan utama ketenteraan ini menyingkirkan kepimpinan kerajaan, mengawal bahagian penting jentera kerajaan, saluran komunikasi seperti stesen televisyen dan radio, dan infrastruktur penting seperti perkhidmatan bekalan tenaga elektrik. Contohnya, pada zaman tradisional, rampasan kuasa pernah berlaku dalam empayar Rom. Pemerintah empayar Rom umpamanya Caligula dan penggantinya Claudius telah memegang tampuk pemerintahan melalui rampasan kuasa. Pada masa kini, rampasan kuasa kerap terjadi di negara membangun seperti Afrika, Amerika Latin dan Asia. Rampasan kuasa juga berlaku di beberapa negara di Eropah dan Pasifik. Contohnya, rampasan kuasa di Pakista |