| counterbalance design | reka bentuk pengimbang balas | Pendidikan | Tiada | Reka bentuk eksperimen yang menunjukkan bahawa kesan susun atur dikawal dengan cara memberi rawatan kepada semua kumpulan mengikut susunan yang berbeza. |
| counterpoise | pengimbang; jambatan baskul | Kejuruteraan | Tiada | 1. Pengimbang: Sebarang pemberat yang diletakkan pada mekanisme yang tak terimbang untuk mendapatkan keseimbangan statik. Sinonim: imbangan balas.,2. Jambatan baskul: Jambatan yang terengsel di tebing untuk membolehkan kapal lalu di bawahnya dengan mengangkat bahagian di sebelah atas sungai dan menurunkan bahagian yang di tebing di belakang engsel. |
| vibration damper | peredam getaran | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Peranti yang dipasang pada bahagian hadapan aci engkol bertujuan untuk mengurangkan getaran kilasan dan tindak balas piuhan akibat denyutan nyalaan silinder. Peranti ini dikenali juga sebagai pengimbang harmonik kerana peranannya yang boleh mengurangkan kesan harmonik terhadap sistem enjin. Sinonim pengimbang harmonik. |
| balancing | pengimbangan | Mekanik | Gunaan | 1. (bagi jasad yang berputar) Proses penambahan jisim pada aci yang berputar supaya daya empar yang bertindak pada aci itu berimbang. Daya empar tak terimbang yang bertindak pada aci adalah disebabkan kesan putaran jisim sipi yang berada pada aci berkenaan. Apabila jisim sipi itu berputar, jisim itu ditindak oleh daya memusat, dan tindak balas aci terhadap daya memusat itu merupakan daya empar yang bertindak untuk menyebabkan aci itu melentur dan bergetar. Pengimbangan bererti menambahkan jisim yang akan menghasilkan daya empar yang sama magnitudnya dan berlawanan halanya dengan daya empar yang asal. Dalam keadaan terimbang, galas aci berkenaan bebas daripada tindakan sebarang daya. Perhatikan bahawa sistem jisim yang berputar boleh diimbangkan asal sahaja jisim pengimbang boleh ditempatkan pada sekurang-kurangnya dua satah yang berlainan. Lihat juga keseimbangan statik, keseimbangan dinamik. 2. (bagi jasad yang mengalami gerakan sorong tarik) Proses penambahan jisim pada aci engkol yang berkenaan supaya daya |