| furnace brazing | pematerian relau | Kejuruteraan | Kejuruteraan Mekanik | Kaedah menyambung bahan logam atau seramik menggunakan logam pengisi. Logam pengisi dicairkan dan mengalir masuk ke bahagian yang disambung melalui tindakan rerambut. Dalam kaedah ini, bahan yang disambung mesti dimasukkan ke dalam relau. Haba yang digunakan untuk memanaskan bahagian ini sehingga ke suhu pematerian diperoleh daripada pembakaran gas, kuasa elektrik atau punca lain. Suhu lebur logam pengisi mestilah lebih rendah daripada suhu lebur bahan yang disambung. Kaedah ini banyak digunakan dalam industri pembuatan komponen sistem pendingin udara kenderaan. Selain itu, kaedah ini juga digunakan untuk membuat komponen enjin kapal terbang, turbin gas dan peralatan marin. Kelebihan utama kaedah ini ialah kitar pemanasan boleh dikawal dan bahagian yang disambung adalah lebih bersih tanpa perlu pembersihan selepas proses pematerian. |
| filler | pengisi | Kesenian | Hiasan Dalaman | Bahan yang digunakan seperti getah, plastik atau polimer. Karpet berlamina bergetah yang mempunyai jumlah pengisi yang banyak. Pengisi yang biasa terdapat dalam getah karpet terdiri daripada tepung kalsium karbonat atau lebih dikenali sebagai pemutih, yang dihasilkan daripada batu kapur yang dicanai. |
| metrical fillers | pengisi matris | Kesusasteraan | Tiada | Suku kata, perkataan, atau frasa yang digunakan untuk menggenapkan keperluan sukatan baris atau rima. Pengisi matris sering kali tidak mempunyai makna, kadangkala hanya merupakan kata merapu tetapi berfungsi untuk memenuhi syarat suku kata dalam baris dan bunyi. Pengisi matris digunakan kerana nilai bunyinya. Contohnya dalam syair, pengisi matris hanya memenuhi kehendak lagu kerana syair itu dilagukan. Contoh berikut menunjukkan pengisi (dicetak condong), dimasukkan untuk memenuhi sukatan baris dan lagu: (a) Adik wei jangan berhati gundah (b) Tinggallah tuan ayo adinda (c) Dilihatnya surat di pandan wari (d) Menangis sambil membaca seri. Contoh berikut adalah untuk keperluan rima: �hancurnya hati puteri surana,� untuk dirimakan dengan, �berpeluk bercium sangat gulana� �Ken Tambuhan berkata maka,� untuk dirimakan dengan, �rupanya seperti bunga cempaka� �anak bininya diikat apa,� untuk dirimakan dengan, �tiada lagi memandang rupa�. |
| filler | pengisi | Kimia | Tiada | 1. Pengisi: Bahan pepejal lengai, lazimnya tak organik, yang ditambah ke dalam resin sintetik, sama ada bertujuan ekonomi atau untuk mengubah suai sifatnya. |
| filler | pengisi | Perikanan | Akuakultur | Bahan yang ditambah tanpa menjejaskan nutrisi utama untuk memenuhi formulasi. Contoh pengisi ialah selulosa, gandum, dedak padi dan tepung jagung. |
| infill | pengisi | Kesenian | Seni Bina | Elemen binaan yang hanya menanggung beban sendiri yang dimuatkan di antara dua struktur penanggung beban. Dalam pembinaan yang berasaskan kerangka kayu, elemen pengisi boleh terdiri daripada batu bata, dinding kaca dan sebagainya. |
| filler sheet | pengisi kepingan | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Kepingan nipis yang terdiri daripada bahan yang kuat, tahan dan boleh dicangga, yang diletakkan di antara pasangan papan panel yang hendak direkat dan ditekan. Pengisian kepingan yang diletakkan dalam susunan pasangan boleh menolong memsekatakan pengenaan tekanan ke atas kawasan yang direkat. Misalnya, kertas teflon yang digunakan sebagai pengisi kepingan yang digunakan dalam pembuatan serpai. |
| filler | pengisi), galarata | Kesenian | Tiada | 2. Galarata: Bahan untuk menampal lubang pada permukaan kayu. |
| filler | pengisi | Kejuruteraan | Polimer | Bahan bukan organik bermodulus tinggi yang dicampurkan ke dalam polimer untuk memperbaik ciri fizikal dan/atau mengurangkan kos. |
| filler | pengisi | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Tiada |