Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ngop.ti.mu.man] | ڤڠوڤتيمومن

Definisi : perihal (perbuatan atau tindakan) mengoptimumkan: ~ pengeluaran sangat penting dlm menentukan keuntungan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pengoptimuman


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
pengoptimuman BayesBayes optimizationKecerdasan BuatanPerancanganPendekatan berasaskan teorem Bayes untuk pengoptimuman sejagat bagi fungsi objektif yang mempunyai ciri-ciri kotak hitam yang sukar dirumuskan dan menyebabkan kos pengkomputeran yang tinggi. Pengoptimuman Bayes banyak digunakan dalam pembelajaran mesin khususnya pembelajaran mendalam.
pengoptimuman kerumunan zarah (PSO)particle swarm optimization (PSO)Kecerdasan BuatanPerancanganAlkhwarizmi berinspirasi-Bio yang meniru tingkah laku mencari makanan haiwan berkawanan seperti burung, ikan dan semut. Sebagai contoh, pemerhatian atau dapatan mengenai lokasi makanan oleh setiap ikan dikongsikan dan ditentukan mana yang terbaik dan kemudiannya kumpulan ikan itu akan menggerumuni makanan tersebut. Varian asas alkhawarizmi PSO berfungsi dengan mempunyai populasi calon-calon penyelesaian dan menyelesaikan masalah dengan mengambil calon penyelesaian terbaik. Calon penyelesaian ini dirujuk sebagai zarah yang digerakkan dalam ruang gelintaran mengikut beberapa rumus matematik. PSO diperkenalkan oleh Kennedy dan Eberhart pada 1995. Lihat juga alkhwarizmi berinspirasi-Bio.
pengoptimuman koloni semut (ACO)ant colony optimization (ACO)Kecerdasan BuatanPerancanganAlkhwarizmi metaheuristik yang diusulkan oleh Marco Dorigo pada tahun 1992, berinspirasi daripada tingkah laku koloni semut dalam mencari makanan dan kembali ke sarang. Alkhwarizmi ini meniru tingkah laku semut yang meninggalkan jejak feromon pada laluan yang dilalui untuk memandu semut lain memilih laluan paling baik. Jika bertambah banyak semut melalui jejak tersebut, maka akan bertambah kuat feromonnya. Dalam ACO, semut tiruan (ejen perisian) bergerak dalam ruang penyelesaian, membina laluan secara berperingkat, dan meninggalkan jejak feromon buatan pada tepi graf berpemberat. Jejak feromon buatan pada setiap tepi graf dikemas kini sepanjang iterasi untuk mencerminkan kualiti penyelesaian yang ditemui; laluan yang lebih pendek atau lebih baik akan menerima lebih banyak feromon, manakala feromon pada laluan yang kurang baik akan merosot melalui proses penyejatan. Mekanisme ini membolehkan sistem secara kolektif mencari lintasan atau penyelesaian dengan kos paling minimum. Sebagai contoh, ACO digunakan seca
analytical optimization methodkaedah pengoptimuman analisisKejuruteraanKejuruteraan KimiaKaedah pengoptimuman berdasarkan teori klasik maksimum-minimum untuk mendapatkan titik lampau dengan menggunakan kaedah analisis kalkulus.
process optimizationpengoptimuman prosesTeknologi HijauReka Bentuk Teknologi HijauPeraturan yang diselaraskan untuk menyesuaikan beberapa set parameter bagi mengoptimumkan sesuatu proses tanpa melampaui halangan. Pengoptimuman proses bertujuan untuk meminimumkan kos dan memaksimumkan hasil atau kecekapan proses.
optimizationpengoptimumanGeografiTiadaTiada
optimizationpengoptimumanKomputerTiadaTiada
optimizationpengoptimumanMatematikTiadaTiada
optimizationpengoptimumanPendidikanTiadaTiada
optimizationpengoptimumanPentadbiranTiadaTiada
12345678

Kembali ke atas