Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
kuat kuasa
Kata Terbitan : berkuat kuasa, menguatkuasakan, penguatkuasaan, penguat kuasa,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
takaful coverageperlindungan takafulEkonomiEkonomi IslamPerkhidmatan yang perlu diambil oleh pihak tertentu untuk menghadapi musibah. Keperluan ini mungkin wujud berdasarkan kesedaran pihak tertentu atau berdasarkan penguatkuasaan undang-undang. Contohnya, pelan takaful keluarga dan takaful cermin kenderaan merupakan perlindungan yang dilakukan atas kesedaran sendiri, manakala contoh perlindungan takaful berdasarkan penguatkuasaan undang-undang ialah takaful motor pihak ketiga dan takaful gadai janji. Perolehan perlindungan berbentuk manfaat akan diberikan kepada peserta, waris atau gantian harta.
enforcement of lawpenguatkuasaan undang-undangUndang-undangTiadaTiada
guaranteed funddana terjamininsuransTiadaDana yang ditubuhkan berikutan penguatkuasaan undang-undang dan dibiayai oleh levi daripada syarikat insurans yang beroperasi di negara berkenaan. Dana ini digunakan untuk membayar tuntutan insurans ke atas insurans yang bankrap.
guaranteed funddana terjaminPentadbiran PerniagaanTiadaDana yang ditubuhkan berikutan penguatkuasaan undang-undang dan dibiayai oleh levi daripada syarikat insurans yang beroperasi di negara berkenaan. Dana ini digunakan untuk membayar tuntutan insurans ke atas insurer yang bankrap.
criminalisticskriminalistikSains ForensikTiadaBidang ilmu yang menggunakan prinsip sains bagi tujuan perundangan dan penguatkuasaan undang-undang. Bidang ini melibatkan pengumpulan, analisis dan penilaian bahan bukti fizikal dalam kes jenayah.
two-pronged testujian serampang duaUndang-undangUndang-undang AntarabangsaUjian yang digunakan dalam situasi apabila waran geledah diperlukan untuk penguatkuasaan undang-undang dan majistret menandatangani waran.
water pollution controlkawalan pencemaran airKejuruteraanTiadaKaedah untuk menyelenggara dan mencapai kualiti air yang diingini termasuk pengawasan dan penguatkuasaan undang-undang.
emission tradingperdagangan pelepasanAlam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG)Alam SekitarUrusan jual beli pelepasan karbon di bawah penguatkuasaan undang-undang di peringkat kebangsaan, serantau atau antarabangsa.
criminal justice systemsistem keadilan jenayahKriminologiKeadilan JenayahSistem penguatkuasaan undang-undang yang melibatkan siasatan, penahanan, pendakwaan, pembelaan, penghakiman, penghukuman dan saksi jenayah. Sistem ini berlandaskan keadilan dan berpandukan undang-undang. Pihak yang bertanggungjawab dalam pelaksanaan sistem ini terdiri daripada beberapa agensi atau jabatan seperti polis, pendakwa raya, mahkamah dan penjara.
Emissions Trading System (ETS)Sistem Perdagangan Pelepasan (ETS)Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG)Tadbir UrusSistem perdagangan kredit karbon di bawah penguatkuasaan undang-undang di peringkat kebangsaan, serantau atau antarabangsa.
1234

Kembali ke atas