Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pen.ja.na.an] | ڤنجاناءن

Definisi : perbuatan (tindakan dsb) men­janakan atau menghasilkan sesuatu: cawang­an perusahaan ini meliputi segala kegiatan yg berkaitan dgn ~, pengasingan, atau pem­bersihan berbagai-bagai bahan kuasa; putaran sistem ini telah menyebabkan ~ dan pemusnahan alam kejasmanian; ~ semula (Bio) pembentukan semula tisu atau organ yg tercedera (rosak) pd tumbuhan atau hai­wan, mis pembentukan semula ekor cicak yg telah putus; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
jana
Kata Terbitan : menjanakan, terjana, penjanaan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
impulse generationpenjanaan impuls; penjanaan dedenyutFizikTiadaTiada
impulse generationpenjanaan impuls; penjanaan dedenyutPerubatanTiadaTiada
impulse generationpenjanaan impuls; penjanaan dedenyutKejuruteraanTiadaTiada
penjanaan bahasa tabiinatural language generationKecerdasan BuatanKomunikasiSubbidang pemprosesan bahasa tabii (NLP) yang bertumpu pada pembangunan sistem AI yang mampu menjana teks atau pertuturan secara automatik. Proses ini menggunakan teknik NLP untuk memanipulasi data, fakta atau maklumat berstruktur kepada bahasa tabii yang koheren, relevan daripada segi konteks dan tatabahasa, seolah-olah ia ditulis atau dituturkan oleh manusia. Contoh aplikasi yang menggunakan teknologi ini untuk berkomunikasi dengan manusia ialah bot sembang, pembantu maya dan soal jawab. Lihat juga pemahaman bahasa tabii, pemprosesan bahasa tabii.
electric power plantloji kuasa elektrikTeknikElektrikUnit tempat pengeluaran tenaga elektrik yang banyak, daripada bentuk tenaga lain. Misalnya, stesen penjanaan hidroelektrik atau stesen penjanaan stim dan logi kuasa nuklear.
generationpenjanaan; generasiKimiaTiada1. Penjanaan : Penghasilan keelektrikan, haba dsbnya.,2. Pembentukkan satu set nukleus secara langsung daripada set sebelumnya dalam tindak balas rantai.
generationpenjanaan; generasiPentadbiran PerniagaanTiada1. Penjanaan : Penghasilan keelektrikan, haba dsbnya.
picture generationpenjanaan gambarTeknologi MaklumatTiadaKaedah penjanaan gambar untuk sistem grafik interaktif. Terdapat dua pendekatan yang lazim digunakan iaitu pendekatan pemaparan fail dan pendekatan fail pemaparan berstruktur. Pendekatan pemaparan fail ialah kaedah menjana gambar dengan mengekalkan kesemua data grafik di dalam satu fail paparan sahaja yang digunakan untuk memandu pameran gambar. Pendekatan kedua iaitu pendekatan fail pemaparan berstruktur iaitu dengan mengekalkan data dalam struktur data jenis senarai yang kemudian digunakan untuk menjana fail paparan. Kelajuan interaksi sistem grafikal adalah berasaskan kepada program yang merentasi struktur data yang disusun dalam senarai untuk menghasilkan fail paparan untuk peranti paparan.
third harmonic generationpenjanaan harmoni ketigaKejuruteraanTiadaPenjanaan gelombang harmoni ketiga apabila laser menghasilkan keadaan tepu dalam bahantara.
generation timemasa penjanaanBioteknologiTiadaMasa purata antara satu pembahagian sel dengan yang berikutnya dalam sel prokariot, atau masa antara profasa bagi satu pembahagian sel dengan yang berikutnya dalam populasi sel eukariot. Masa penjanaan berubah-ubah daripada 20 minit (kultur sel bakteria) hingga dua hari (kultur tisu tumbuhan).
12345678910...

Kembali ke atas