| rationalization | rasionalisasi | Sains Politik | Politik Perbandingan | Penjelasan pemikiran yang diterima akal, logik, berasaskan kepada hubungan sebab-musabab dan saintifik. Walau bagaimanapun, penjelasan ini tidak semestinya benar tetapi logik yang digunakan dapat diterima oleh fikiran pendengar. Penjelasan yang rasional ini kadangkala boleh bersifat negatif tetapi apabila dilahirkan secara munasabah, ia boleh mempengaruhi pemikiran seseorang. Ahli falsafah Immanuel Kant sering menggunakan rasionalisasi dalam penjelasannya berhubung dengan sesuatu perkara. Sinonim rasional. |