| dekorum | ketertiban | Kesusasteraan | Tiada | Prinsip yang menekankan pentingnya komponen sesebuah karya sastera saling berpadanan antara satu sama lain. Contohnya, isi, bentuk, watak, latar, aksi dan gaya. Prinsip ini bertolak daripada teori klasik Yunani dan Romawi yang mewujudkan hierarki bagi jenis tulisan serta gaya yang sepadan dengannya. Umpamanya, tragedi dan epik yang dianggap bentuk sastera yang tinggi hanya wajar memperkatakan perkara yang serius, berlegar pada watak raja, orang bangsawan atau mereka yang mempunyai kedudukan penting sahaja dengan menggunakan bahasa yang tinggi dan halus. Sebaliknya, komedi yang dianggap sebagai bentuk sastera yang rendah perlu menggarap permasalahan yang sederhana dan lucu, memaparkan watak orang biasa atau bawahan dengan menggunakan bahasa harian yang kasar. Namun, prinsip ini telah ditentang oleh kebanyakan pengarang. Pengarang berasakan mereka lebih bebas berkarya dan memanfaatkan bentuk dan gaya yang berbeza dalam karya mereka. Ketertiban berasal daripada bahasa Latin decorum bermaksud �yang sesuai�. L |
| pragmatism | pragmatisme | Kesusasteraan | Puisi | Puisi yang menekankan pentingnya kesan dan nilai-nilai praktis. Puisi ini menggambarkan tentang persahabatan dalam pergaulan yang akan memberi nilai-nilai hidup yang berguna. Contohnya, puisi "Sahabat" karya Rahman Shaari. Kini di sini aku berdiri dengan kaki peribadi sendiri pertcmuan singkat denganmu, sahabat menghadiahkan padaku makna hakikat. |
| secondary crop | tanaman kedua | Geografi | Tiada | Tanaman kedua pentingnya yang ditanam disamping satu tanaman utama diatas ladang atau tapak tanaman. |
| secondary force | daya sekunder | Mekanik | Gunaan | Komponen yang kedua pentingnya bagi daya yang perlu untuk memecutkan omboh yang mengalami gerakan sorong tarik (gerakan salingan) di bawah pengaruh gerakan rod rangkai dan aci engkol bagi mekenisme enjin mudah. |
| Bergeron-Findeisen theory | teori Bergeron-Findeisen | Sains | Hidrometeorologi | Teori ini menyatakan peri pentingnya kehadiran hablur ais dalam lingkungan titisan air adisejuk dalam awan untuk memulakan kerpasan. |
| public awareness | kesedaran awam | Teknologi Hijau | Reka Bentuk Teknologi Hijau | Pemahaman terhadap pentingnya persekitaran dan keperluan untuk melindunginya bagi kelestarian pada masa akan datang. |
| new protectionism | fahaman perlindungan baru | Ekonomi | Tiada | Amalan negara-negara maju yang menekankan pentingnya penyekatan perdagangan antarabangsa dengan tujuan mengurangkan persaingan dan sekali gus menggalakkan pengeluaran dalam negeri sebanyak mungkin kemudian baharulah menumpukan kepada kepentingan serantau, dan pengeluaran untuk perdagangan dunia sejagat hanyalah sebagai pilihan terakhir. |
| photographic dosemeter | dosmeter fotograf | Kejuruteraan | Tiada | Dosmeter yang menggunakan emulsi fotograf sebagai salah satu unsur pentingnya. |
| Biogenic salt | garam biogenik | Biologi | Ekologi | Garam larut yang sangat penting untuk kehidupan. Nitrat dan fosforus merupakan garam biogenik yang paling penting dan merupakan faktor pengehad dalam ekosistem ait tawar. Garam biogenik lain yang tidak kurang pentingnya ialah kalium, kalsium, sulfur, dan magnesium. |
| loyal opposition | pembangkang setia | Sains Politik | Politik Perbandingan | Tindakan seseorang atau organisasi yang berkhidmat sebagai pembangkang kepada kerajaan atau sesuatu parti, berasaskan kepada nilai-nilai demokrasi yang telah ditetapkan dalam perlembagaan. Pendirian ini berpegang kepada betapa pentingnya kedudukan pembangkang dalam memeriksa perjalanan kerajaan atau mungkin juga kerana faktor peribadi seperti pernah ditewaskan dalam pilihan raya sebelum ini. Pembangkang setia ini menjalankan tugasnya dengan baik dan komited serta dikenali dalam negaranya dengan imej pembangkang. Contoh pembangkang setia ialah Lim Kit Siang dan DAP di Malaysia. |