| disease transmission | penularan penyakit | Perikanan | Akuakultur | Pemindahan agen berjangkit seperti patogen daripada ikan yang sakit kepada ikan yang sihat secara horizontal atau vertikal. Penularan penyakit secara horizontal merujuk kepada pemindahan terus patogen daripada persekitaran melalui sentuhan dengan ikan sakit, najis, air atau peralatan ternakan/tangkapan yang tercemar dengan patogen. Penularan penyakit secara vertikal pula adalah pemindahan jangkitan atau penyakit yang diwarisi daripada induk kepada telur ikan. |
| serial transmission | penularan bersiri | Biologi | Patologi | Penularan virus oleh vektor ke dua perumah sihat atau lebih, secara terus menerus, walaupun hanya sekali melalui proses pemerolehan. |
| mechanical transmission | penularan mekanik | Biologi | Patologi | Penularan patogen, biasanya virus, daripada perumah terjangkit ke perumah sihat melalui sentuhan kedua-dua perumah tersebut. |
| financial contagion | penularan kewangan | Ekonomi | Tiada | Penularan krisis kewangan dari satu pasaran, institusi atau negara ke pasaran, institusi atau negara yang lain. |
| fomite transmission | penularan benda tercemar | Kesihatan Awam | Tiada | Penularan penyakit berjangkit melalui objek, seperti melalui butang lif, tombol pintu dan susur tangan. |
| local transmission | penularan tempatan | Kesihatan Awam | Tiada | Keadaan apabila sumber jangkitan telah dikenal pasti dan dilaporkan berlaku di kawasan yang mempunyai penularan jangkitan. |
| virus transmission test | ujian penularan virus | Biologi | Patologi | Kaedah untuk menentukan pertalian antara virus-vektor yang melibatkan pengujian perolehan, dan penularan virus daripada tumbuhan sakit ke tumbuhan sihat oleh vektor. |
| transmission | penularan | Biologi | Patologi | Proses pemindahan virus daripada perumah yang sakit ke perumah yang sihat, biasanya dengan bantuan vektor. |
| transmission | penularan | Perubatan | Tiada | Perpindahan organisma yang mengakibatkan penyakit daripada seseorang individu kepada yang lain sama ada secara langsung atau tidak langsung. |
| transmission | penularan/ transmisi | Kejururawatan | Tiada | Penyebaran patogen daripada satu individu kepada individu yang lain. |