| asymmetric crytography | kriptografi asimetri | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Kaedah kriptograsi yang kekunci penyulitannya berbeza dengan kekunci penyahsulitan. Proses penyahsulitan dalam kaedah ini bukan sekadar penyongsangan daripada proses penyulitan tetapi merupakan transformasi matematik yang berbeza secara keseluruhannya. Kaedah ini sangat berkesan dalam kriptografi kerana satu kekunci tidak semestinya dikongsi bersama dua pihak yang berhubung. |
| encrypted router | penghala tersulit | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Peranti yang melakukan penyulitan dan penyahsulitan terhadap paket yang melaluinya. Peranti ini membolehkan proses penyulitan dan penyahsulitan tidak perlu dilakukan pada hos. Biasanya, peranti ini merupakan komponen paling penting untuk mewujudkan rangkaian persendirian maya. Lihat juga rangkaian persendirian maya. |
| stream cipher | sifer alir | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Kategori penyulitan yang membenarkan penerima mesej memulakan aktiviti penyahsulitan pada mesej walaupun mesej berkenaan belum lengkap diterima sepenuhnya. Dalam sifer alir, perubahan dari teks sifer ke teks biasa hanyalah bergantung pada aksara semasa, kekunci penyahsulitan, algoritma penyulitan dan maklumat kawalan. Antara kelebihan sifer alir ialah kelajuan penyahsulitan yang tinggi dan kesan rebakan ralat yang rendah. Contoh sifer alir ialah sifer Vernam, sifer Caesar dan sifer Vigenere. |
| symmetric cryptography | kriptografi simetri | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Kaedah penyulitan yang menggunakan kekunci yang sama untuk penyulitan dan penyahsulitan dan menggunakan algoritma untuk penyulitan dan penyongsangan algoritma yang sama untuk penyahsulitan. Lihat juga kriptografi kekunci rahsia. |
| decryption | penyahsulitan | Komputer | Tiada | Tiada |
| decryption | penyahsulitan | Teknologi Maklumat | Tiada | Pemulihan data yang telah dikod kepada bentuk yang boleh dibaca. |
| data decryption | penyahsulitan data | Komputer | Tiada | Tiada |
| Data Encryption Standard (DES) | Piawai Penyulitan Data (DES) | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Algoritma yang menjadi piawai untuk penyulitan dan penyahsulitan data sejak tahun 1977. Algoritma ini dihasilkan untuk menyelaraskan algoritma yang digunakan untuk penyulitan komunikasi bagi tujuan perniagaan dan merupakan satu sifer blok berkekunci simetri. DES terdiri daripada jujukan operasi yang berulang sebanyak 16 kali serta menggunakan satu kekunci yang bersaiz gandaan 64 bit. Penyahsulitan dilakukan dengan menyongsangkan algoritma DES dengan kekunci yang sama. Lihat juga sifer blok dan kekunci simetri. |
| cryptology | kriptologi | Teknologi Maklumat | Tiada | Penyelidikan mengenai penyulitan dan penyahsulitan. |
| link encryption | penyulitan paut | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Penyulitan dan penyahsulitan di antara hos penghantar dengan hos penerima, iaitu pada semua hos perantara. |