Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.bua.lan] | ڤربوالان

Definisi : 1. perihal berbual (membual), percakapan: ~ mereka terhenti seketika; 2. bahan utk berbual, perkara yg dibualkan (dipercakapkan), percakapan: kisah itu menjadi ~ orang ramai; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.bua.lan] | ڤربوالان

Definisi : 1 perbuatan atau hal berbual: ~ mereka berterusan hingga larut malam. 2 apa-apa yg dibualkan: ~ mereka berkisar dr satu perkara ke satu perkara lain. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata perbualan

Peribahasa

627

Walls have ears

Berwaspada apabila bercakap tentang sesuatu perkara terutamanya yang rahsia kerana ada yang akan mendengarnya tanpa disedari.

Berkata siang melihat-lihat, berkata malam mendengar-dengar

She was flabbergasted when her secret affair with a Datuk suddently became a talk of the town. She had never mentioned it to anyone except her aunt. She didn't know that in the small town, not only do the walls have ears,but the windows have eyes and the doors have tongues too!

Tercengang dia apablia perhubungan rahsianya dengan seorang Datuk tiba-tiba menjadi perbualan hangat. Tidak pernah sekalipun dia menceritakannya kepada orang lain, kecuali ibu saudaranya. Dia langsung tidak mengetahui bahawa di pekan kecil itu, bukan saha

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(3)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
cockpit voice recorder (CVR)perakam suara kokpitKejuruteraan AutomotifTiadaPerakam yang merakam perbualan radio antara juruterbang dengan unit kawalan, perbualan juruterbang di dalam kokpit dan perbualan telefon dalaman.
model perbualanconversation modelKecerdasan BuatanKomunikasiModel dalam sistem perbualan AI yang menentukan spesifikasi dan struktur interaksi dengan pengguna sama ada melalui suara, menu atau teks. Model ini mengatur empat komponen utama, iaitu niat, prom, jenis dan adegan bagi membentuk aliran dialog yang konsisten. Contohnya, aplikasi bot sembang AI, lazimnya menyesuaikan model ini mengikut keperluan domain masing-masing.
conversational asymmetryperbualan asimetriSains KesihatanTiadaKetidakseimbangan dalam perbualan. Penutur tidak mempunyai peluang yang sama semasa berbual.
conversational languagebahasa perbualanPendidikanTiada1. Bahasa untuk perbualan seharian.
turnaboutrangsang bualSains KesihatanTiadaKaedah perbualan yang digunakan oleh orang dewasa untuk merangsang perbualan. Contohnya, menggunakan hemm, apa lagi, dan membuat soalan.
chatsembangTeknologi MaklumatTiadaPerbualan masa nyata antara dua orang atau lebih dalam talian LAN, BBS atau Internet dengan menggunakan papan kekunci. Perbualan dalam Internet boleh dibuat melalui tapak web, bilik bual, pemesejan segera atau saluran IRC. Apabila peserta menaip teks dan menekan kekunci "enter", teks tersebut akan dipaparkan pada skrin peserta lain yang kemudiannya boleh memberi maklum balas.Lihat juga IRC
cockpit voice recorder (CVR)perakam suara kokpitAeroangkasaTiadaPerakam perbualan radio dan semua bunyi di dalam kokpit pesawat udara semasa penerbangan.,Perakam perbualan radio dan semua bunyi di dalam kokpit pesawat udara semasa penerbangan.
perbualan AIconversational AIKecerdasan BuatanKomunikasiTeknologi yang membolehkan mesin atau perisian memahami input bahasa tabii dan menjana respons secara automatik dalam pelbagai bentuk seperti teks, suara, video atau gerak isyarat untuk berinteraksi dengan manusia. Teknologi ini digunakan dalam aplikasi seperti bot sembang, ejen maya dan pembantu peribadi digital. Perbualan AI memanfaatkan data serta kaedah daripada pembelajaran mesin, pemprosesan bahasa tabii (NLP) dan AI generatif bagi meniru cara manusia berkomunikasi secara semula jadi.
bot sembangchatbotKecerdasan BuatanKomunikasiPerisian aplikasi yang direka bentuk untuk mensimulasi dan memproses perbualan manusia, sama ada bertulis atau lisan, yang membenarkan manusia berinteraksi, bersembang atau berceloteh dengan peranti digital seolah-olah berkomunikasi dengan manusia sebenar. Walaupun tidak semua bot sembang menggunakan AI, kebanyakan bot sembang moden semakin banyak menggunakan teknologi perbualan berasaskan AI seperti pemprosesan bahasa tabii (NLP), pembelajaran mesin, dan model bahasa besar (LLM) yang membolehkan bot sembang memahami dan menjana teks atau suara untuk berbual seperti manusia berdasarkan input yang diterima. Contoh bot sembang yang popular adalah seperti OpenAI ChatGPT, Amazon Alexa, Google Assistant Gemini dan Apple Siri. Lihat juga perbualan AI.
colloquyperbualanPendidikanTiadaTiada
123456

Kembali ke atas