| crop rotation | pergiliran tanaman | Pertanian | Agronomi | Sistem penanaman melibatkan jenis tanaman yang berbeza, secara bergilir pada sebidang tanah. Antara sebab sistem ini diamalkan adalah untuk mengelakkan peningkatan populasi sesuatu makhluk perosak atau agen penyakit sekiranya hanya satu jenis tanaman ditanam berulang kali pada petak yang sama. Dengan menanam jenis tanaman lain, perosak atau agen penyakit itu tidak dapat meneruskan kesinambungan kitaran hidup kerana tidak sesuai dengan perumah yang baru. Contohnya, tanaman cili tidak sesuai ditanam berulang kali di petak yang sama kerana masalah virus akan meningkat. Selain itu, pergiliran tanaman juga diamalkan untuk meningkatkan kesuburan tanah dengan menanam tanaman hijau atau kekacang yang dapat meningkatkan kandungan nitrogen dalam tanah. Di kawasan padi tanpa pengairan, pergiliran tanaman seperti tembakau dan tembikai diamalkan kerana tidak memerlukan banyak air. |
| crop rotation | pergiliran tanaman | Biologi | Patologi | Kaedah bercucuk tanam (berkultur), iaitu menggantikan satu jenis tanaman dengan jenis tanaman lain yang tidak mempunyai hubungan botani yang erat. Salah satu tujuan kaedah ini, ialah supaya tanaman yang akan ditanam itu nanti tidak parah diserang oleh penyakit, kerana penyakit yang menyerang tanaman terdahulu berbeza dengan penyakit tanaman penggilir. |
| rotational cropping | penanaman bergilir | Pertanian | Agronomi | Kaedah penanaman tanaman di ladang silih berganti yang digunakan untuk beberapa musim atau tahun. Contohnya, jagung dengan keledek, kemudian kawasan yang sama ditanam cili dan diikuti dengan tanaman halia. Kaedah ini dapat meningkatkan kesuburan tanah, mengurangkan rumpai dan penyakit serta meningkatkan penggunaan tanah. Lihat juga kitaran tanaman, pergiliran tanaman. |
| organic farming | perladangan organik | Makanan dan Pemakanan | Makanan | Sistem perladangan alternatif yang mesra alam. Perladangan organik melibatkan kaedah penanaman dan penternakan yang tidak menggunakan racun perosak, baja sintetik, organisma diubah suai secara genetik, antibiotik dan hormone pertumbuhan. Perladangan organik menggunakan baja organik seperti baja kompos, najis dan tulang. Perladangan jenis ini menekankan penggunaan teknik seperti pergiliran tanaman dan penanaman regu serta penggunaan kawalan perosak secara biologi. |