Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : Id sesuatu kejadian yg berkaitan dgn perkembangan bahasa; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
peristiwa (kata nama)
Bersinonim dengan kejadian, hal, perkara, pengalaman, insidens, kes.,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
occasional versesajak peristiwaKesusasteraanPuisiPuisi yang membawa sesuatu isu, pemikiran dan tema berdasarkan sesuatu peristiwa yang mempunyai erti dan makna tertentu bukan sahaja kepada penyairnya malah juga kepada seluruh masyarakat. Umpamanya peristiwa yang berhubung dengan Akta Bahasa, lahirlah beberapa buah puisi yang terkumpul dalam antologi puisi "Keranda 152" dan puisi "Kambing Hham" yang berkaitan dengan peristiwa 13 Mei 1969, karya Usman Awang.
anachronismanakronismeKesusasteraanTiadaKehadiran watak, peristiwa, objek, acara, ungkapan bahasa, atau unsur budaya di luar ruang waktu sejarah yang benar (kronologi), atau bertentangan dalam masa yang sebenar. Anakronisme umumnya wujud dalam karya tradisional (bercorak sejarah), fiksyen, atau drama yang mempunyai latar sejarah. Anakronisme mungkin wujud sebagai suatu teknik penceritaan yang disengajakan oleh pengarang dan boleh memberikan kesan yang menarik kepada khalayak sastera, khususnya kesan yang bersifat ironik, lucu, dan satira. Dalam kesusasteraan Melayu tradisional, anakronisme banyak terdapat dalam karya sastera bercorak sejarah seperti Hikayat Raja Pasai Sejarah Melayu dan Hikayat Merong Mahawangsa. Contohnya, dalam Sejarah Melayu terdapat peristiwa Sultan Mansur Syah berkahwin dengan Raden Galuh Cendera Kirana, Puteri Bentara Majapahit yang bernama Patih Gajah Mada. Catatan sejarah menunjukkan Sultan Mansur Syah memerintah antara tahun 1459 � 1477, sedangkan Patih Gajah Mada meninggal dunia sekitar tahun 1365, iaitu perbezaan jangk
resolutionresolusiKesusasteraanTiadaPeristiwa atau konfliks yang berjaya dileraikan. Peristiwa biasanya berlaku dalam drama dan naratif. Resolusi merupakan hasil klimaks, biasanya disusuli oleh aksi menurun. Resolusi berasal daripada bahasa Latin yang bermaksud �melonggarkan atau mencairkan�. Lihat juga peleraian, puncak.
anachronismanakronismeKesenianDrama dan TeaterKesalahan meletakkan susunan waktu yang berhubung dengan sesuatu peristiwa, orang, tempat dan bahasa. Dalam karya sejarah, anakronisme merupakan kesalahan besar, tetapi dalam karya romantis atau karya berunsur satira dan humor, anakronisme sebaliknya memberikan kepentingan tertentu kepada kesan karya secara keseluruhannya.
conditionssyaratUndang-undangTiadaPeruntukan yang menjadikan kewujudan sesuatu hak tertakluk kepada berlakunya sesuatu peristiwa , contohnya kelulusan bahasa.
programmerancangan; atur caraKejuruteraanTiada1. Peristiwa laluan penerbangan yang dirancangkan bagi luncuran dalam penerbangan.,2. Satu set arahan yang jelas dan terperinci, ditulis dalam bahasa yang sesuai dimasukkan ke dalam komputer atau dalam bahasa mesin tertentu, untuk mencapai sesuatu tujuan apabila dilaksanakan.
allusionalusiKesusasteraanPuisiRagam atau jenis bahasa perbandingan yang merujuk secara tidak langsung kepada sesuatu peristiwa, tokoh atau karya sastera yang terkenal. Contohnya, baris 'Kejujuran Abu Bakar' iaitu petikan daripada puisi "Dua Pesanan untuk Anak" dalam antologi Bunga Gerimis karya Moechtar Awang. Dalam contoh ini terlihat perbandingan kejujuran seperti pada watak Khalifah Abu Bakar al-Siddiq.
actionaksiKesusasteraanTiadaGerak laku atau tindakan seseorang watak yang sengaja dibuat-buat, sama ada dalam cerita filem, drama, atau cerita rekaan. Aksi merupakan rentetan peristiwa yang bergerak melalui masa, yang mempunyai kesatuan dan makna. Kesatuan dan makna bermaksud aksi yang bergerak mengarah kepada penyudahan yang dapat menyelesaikan sesuatu konflik. Rentetan peristiwa yang saling bersambungan itu bergerak secara logik melalui tiga peringkat, iaitu permulaan, pertengahan, dan pengakhiran. Aksi berasal daripada bahasa Latin actus.,Gerak laku atau tindakan seseorang watak yang sengaja dibuat-buat, sama ada dalam cerita filem, drama, atau cerita rekaan. Aksi merupakan rentetan peristiwa yang bergerak melalui masa, yang mempunyai kesatuan dan makna. Kesatuan dan makna bermaksud aksi yang bergerak mengarah kepada penyudahan yang dapat menyelesaikan sesuatu konflik. Rentetan peristiwa yang saling bersambungan itu bergerak secara logik melalui tiga peringkat, iaitu permulaan, pertengahan, dan pengakhiran. Aksi berasal daripada baha
climaxpuncakKesusasteraanTiadaBahagian atau peristiwa (detik) yang paling penting dalam sesebuah kisah. Kisah dalam drama, cerita atau sebarang naratif apabila aksi menuju tahap tertinggi dan nasib protagonis mengalami perubahan. Pada tahap ini, peleraian atau resolusi dicapai, kemudian aksi mula menurun. Puncak dikenali juga sebagai klimaks atau kemuncak. Puncak berasal daripada bahasa Yunani climax yang bermaksud �tangga�. Lihat juga aksi menaik, aksi menurun, anagnorisis, antipuncak, krisis, peleraian, peripeteia, plot, titik perubahan.
actionaksiKesusasteraanTiadaGerak laku atau tindakan seseorang watak yang sengaja dibuat-buat, sama ada dalam cerita filem, drama, atau cerita rekaan. Aksi merupakan rentetan peristiwa yang bergerak melalui masa, yang mempunyai kesatuan dan makna. Kesatuan dan makna bermaksud aksi yang bergerak mengarah kepada penyudahan yang dapat menyelesaikan sesuatu konflik. Rentetan peristiwa yang saling bersambungan itu bergerak secara logik melalui tiga peringkat, iaitu permulaan, pertengahan, dan pengakhiran. Aksi berasal daripada bahasa Latin actus yang bermaksud `tindakan atau perbuatan�.
12

Kembali ke atas