| defensive missiles | misil sangga | Sejarah | Tiada | Misil yang digunakan khusus untuk pertahanan diri sama ada sebagai pertahanan kawasan atau pertahanan titik yang digunakan oleh tentera Amerika Syarikat. |
| ballistic missile defence | pertahanan misail balistik | Sains Politik | Tiada | Pertahanan bagi menghadapi serangan peluru atau roket berpandu jarak jauh, atau penggunaan senjata seperti itu untuk pertahanan negara. |
| collective self defence | pertahanan diri bersama | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Langkah yang dibuat secara bersama-sama dengan negaranegara lain untuk menggunakan kekerasan bagi menangkis serangan. Langkah ini merupakan sebahagian daripada langkah pertahanan diri yang dibenarkan oleh Piagam PBB. Selain mematuhi syarat-syarat pertahanan diri, negara yang diserang juga perlu meminta bantuan PBB bagi membolehkan tindakan bersama diambil. Contoh pertahanan diri bersama ialah Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO). |
| radiological defence | pertahanan radiologi | Kejuruteraan | Tiada | Pertahanan terhadap kesan keradioaktifan dari senjata nuklear termasuk pengesanan dan pengukuran keradioaktifan serta penyahkontaminasi kawasan dan kelengkapan. |
| crouch defence | pertahanan siap | Sukan | Tiada | Pertahanan yang memerlukan pemain berada berdekatan dengan jaring sambil memegang raket di hadapan muka untuk menahan pukulan lawan. |
| diagonal defence | pertahanan silang | Sukan | Tiada | Taktik pertahanan yang digunakan dalam acara beregu. |
| side-on-defence | pertahanan sisi | Sukan | Tiada | Pertahanan yang dilakukan oleh pemain dengan mengiringkan badan ke sisi kiri atau kanan apabila membalas pukulan lawan. |
| straight-on-defence | pertahanan langsung | Sukan | Tiada | Pertahanan yang dilakukan oleh pemain dengan menghalakan badan ke arah jaring. |
| double defence | pertahanan regu | Sukan | Tiada | Keadaan dua pemain pertahanan yang mengawal seorang pemain lawan. |
| pac-man defence | pertahanan berlawanan | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Strategi pertahanan dalam pengambilalihan paksaan iaitu syarikat sasaran membuat tawaran untuk mengambil alih syarikat yang menyerangnya. |