Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : badan antara­bangsa yg bertujuan menegakkan keamanan dan keselamatan dunia; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
tubuh (kata nama)
Bersinonim dengan badan, jasad, jasmani, jisim, diri, rangka, bentuk, sarira;,
Kata Terbitan : bersetubuh, menyetubuhi, persetubuhan, bertubuh, menubuhkan, tertubuh, pertubuhan, penubuhan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Charter of the United NationsPiagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa BersatuUndang-undangUndang-undang AntarabangsaTriti yang menubuhkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada tahun 1945 selepas tamatnya Perang Dunia Kedua. Draf asal piagam disediakan oleh empat negara kuasa besar dunia, iaitu Amerika Syarikat, Kesatuan Soviet, Great Britain dan China dalam Persidangan Dumbarton Oaks dan Yalta. Negara-negara lain kemudiannya dipelawa untuk menyertai perundingan dalam Persidangan San Francisco dan piagam tersebut dimeterai oleh semua negara anggota. Piagam tersebut memperuntukkan prinsip dan fungsi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Sebagai satu triti, piagam tersebut memperuntukkan larangan terhadap penggunaan kekerasan seperti peperangan kecuali langkah keselamatan bersama dan pertahanan diri.
United Nation's Development Programme (UNDP)Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP)Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG)SosialAgensi di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang berperanan untuk membasmi kemiskinan, melaksanakan Perjanjian Paris dan mencapai Matlamat Pembangunan Mampan.
United Nation�s Environment Programmme (UNEP)Program Alam Sekitar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNEP)Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG)Tadbir UrusBadan di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang berautoriti terhadap hal-hal berkaitan alam sekitar.
United Nations Global CompactPakatan Global Pertubuhan Bangsa-Bangsa BersatuAlam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG)Tadbir UrusUsaha sama secara sukarela pihak swasta untuk melaksanakan prinsip kemampanan sejagat sejajar dengan matlamat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
United Nations Convention on the Rights of Persons with Disabilities (UNCRPD)Konvensyen Hak Orang Kurang Upaya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNCRPD)UmumTiadaDokumen rasmi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu berkenaan hak asasi OKU yang dipersetujui dan ditandatangani oleh negara-negara anggota.
United Nations Environment Programme Finance Initiative (UNEPFI)Inisiatif Kewangan Program Alam Sekitar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNEPFI)Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG)Tadbir UrusUsaha sama antara Program Alam Sekitar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dengan sektor kewangan global untuk menggerakkan sektor kewangan swasta bagi pembangunan mampan.
United Nations Principles for Responsible InvestmentPrinsip Pelaburan Bertanggungjawab Pertubuhan Bangsa-Bangsa BersatuAlam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG)Tadbir UrusPrinsip beraspirasikan pelaksanaan pelaburan secara bertanggungjawab oleh rangkaian institusi kewangan antarabangsa yang disokong oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
United Nations Economic and Social Council (ECOSOC)Majlis Ekonomi dan Sosial Bangsa-Bangsa BersatuSains PolitikHubungan AntarabangsaSalah satu badan utama dalam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. Anggotanya dilantik oleh Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengikut giliran berdasarkan kewilayahan dan tempoh keanggotaannya selama tiga tahun. Fungsi badan ini terbahagi kepada tiga kategori umum. Pertama, membincangkan dan mengesyorkan cadangan dalam isu berkaitan hak asasi manusia, pelarian, pembangunan ekonomi dan sosial, kebudayaan, pendidikan, kesihatan, bekalan makanan, pengangkutan dan perdagangan, populasi, dadah, perumahan, keadaan buruh, dan komunikasi. Kedua, melakukan kajian dan membuat laporan yang berkaitan dengan kategori pertama. Laporan ini menjadi sumber maklumat utama yang digunakan oleh kerajaan dan penyelidik persendirian. Ketiga, menyelaras segala aktiviti dan perhubungan antara pelbagai agensi yang terlibat dalam program ekonomi dan sosial antarabangsa. Sinonim ECOSOC.
United Nations CharterPiagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa BersatuSains PolitikHubungan AntarabangsaDokumen bertulis yang menjadi perlembagaan PBB. Piagam ini ditandatangani di San Francisco pada 26 Jun 1945 dan disahkan oleh 51 buah negara. Piagam ini menggariskan perjalanan dan aktiviti dalam sistem PBB, termasuk struktur organisasi, prinsip, kuasa dan fungsi PBB. Piagam ini menekankan tujuan PBB untuk mengekalkan keamanan dan menggalakkan kerjasama ekonomi dan sosial dalam kalangan negara.
UN Convention on Biological DiversityKonvensyen Kepelbagaian Biologi Pertubuhan Bangsa-Bangsa BersatuAlam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG)Tadbir UrusInstrumen undang-undang antarabangsa bagi pemuliharaan kepelbagaian biologi, penggunaan mampan komponen dalam instrumen dan perkongsian manfaat yang adil dan saksama daripada penggunaan sumber genetik yang telah disahkan oleh 196 negara.
1234567

Kembali ke atas