Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
bangsawanbangsawanKomunikasiTiadaPertunjukan pentas secara tradisional yang mengandungi unsur-unsur cerita, nyanyian dan tarian yang selalunya merujuk kepada kisah raja-raja atau cerita penglipur lara.
performing artseni persembahanKesenianDrama dan TeaterPertunjukan pentas yang berasaskan elemen kesenian seperti tarian, lakonan, nyanyian atau akrobatik untuk menghiburkan penonton.
macrogroupkumpulan makroKomunikasiTiadaKumpulan khalayak yang besar seperti di dalam pertunjukan pentas atau stadium.
revuepusparagamKesusasteraanTiadaPertunjukan hiburan di pentas yang mengandungi tarian, nyanyian, muzik, jenaka, korus, skit dan seumpamanya.
creative directorpengarah kreatifKomunikasiKorporatJawatan yang diwujudkan dalam industri kandungan kreatif. Antara industri kreatif termasuklah industri penerbitan rancangan untuk penyiaran, perfileman, pengiklanan, penerbitan pentas (seperti teater dan pertunjukan hiburan), dan persembahan sesuatu pameran. Dalam pengiklanan, penjawat jawatan ini mengetuai suatu jabatan yang memberikan perhatian terhadap keperluan kreatif dalam persembahan akhir sesuatu iklan, sama ada iklan cetak, elektronik, atau filem. Individu ini juga bertanggungjawab untuk menjelaskan konsep sesuatu rekaan atau penerbitan iklan kepada pelanggan. Peranan pengarah kreatif adalah menguruskan penghasilan idea, menjelmakan idea dalam bentuk karya kreatif dalam bentuk elektronik dan bercetak, serta memastikan karya memenuhi keperluan pelanggan. Individu tersebut bertanggungjawab untuk menentukan semua unsur kreatif, seperti bentuk, ruang, warna, pergerakan, fon, kontras, bahasa, pemilihan perkataan, dan persembahan keseluruhan. Individu ini bukan sahaja perlu memastikan sesuatu naskhah iklan
sceneadeganKesenianDrama dan TeaterBahagian kecil dalam pertunjukan drama atau teater.Adegan ditandai dengan kemunculan pelakon baharu atau apabila berlaku perubahan situasi dalam cerita.Dalam drama pentas, pertukaran adegan boleh ditentukan melalui keluar masuk watak ke ruang lakon, tokok tambah set dan prop atau perubahan cahaya.Istilah ini berasal daripada skene(teater Greek Tua) yang bermaksud ‘tempat sesuatu aksi berlaku dan dialog dituturkan’.
dramadramaKesusasteraanTiadaKarya yang dipersembahkan oleh pelakon di pentas, radio, atau televisyen. Aristotle mentakrifkan drama sebagai aksi manusia yang ditiru. Drama boleh dicipta dalam bentuk lisan atau tulisan. Teks yang dicipta secara lisan lebih mementingkan unsur persembahan daripada unsur sastera yang bertulis. Contohnya, drama tradisional tempatan seperti makyung dan wayang kulit. Terdapat pelbagai jenis drama, antaranya drama tragedi, drama komedi dalam bacaan, dan melodrama yang mempunyai subgenre masing-masing. Drama mempunyai dua dimensi, iaitu sebagai karya kesusasteraan yang disampaikan dalam bentuk dialog dengan tujuan untuk dipentaskan sebagai seni pertunjukan, dan sebagai teks sastera untuk dihayati dan dikaji. Struktur drama Barat boleh dilihat dalam The Poetics karya Aristotle, manakala struktur drama Timur boleh ditemui dalam drama Sanskrit Natyasastera. Contoh drama Melayu ialah Gong dan Orang-orang Pulau oleh Hassan Saprin, dan Si Bongkok Tanjung Puteri oleh Shahrom Hussien. Drama berasal daripada perkataan Yun
stambulstambulMuzikTiada

Teater atau opera popular yang wujud di Surabaya pada abad ke-19 dan abad ke-20. Stambul ialah singkatan daripada perkataan Istanbul. Pada awal kemunculannya, cerita Timur Tengah dipentaskan. Kostum dengan tarbus merah dari Turki atau Arab dipakai semasa pertunjukan teater ini. Unsur cerita Cina, Jawa dan Eropah ditambah secara beransur-ansur. Teater ini diiringi muzik Barat dan keroncong stambul yang dimainkan oleh orkestra Barat dan dipentaskan di pentas prosenium untuk hiburan rakyat jelata. Stambul mempunyai persamaan dalam gaya pementasan dengan opera lain yang terdapat di Asia Tenggara seperti likay di Thailand, ludruk di Jawa Timur, zarzuela di Filipina, bangsawan di Malaysia dan hat cai luong


Kembali ke atas