| climate change adaptation | penyesuaian perubahan iklim | Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) | Alam Sekitar | Tindakan untuk menangani dan menyesuaikan diri kesan daripada perubahan iklim semasa atau yang dijangka berlaku. Sinonim climate adaptation. |
| climate change mitigation | mitigasi perubahan iklim | Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) | Alam Sekitar | Aktiviti mengurangkan gas rumah hijau atau meningkatkan penyimpanan karbon dioksida untuk mencegah perubahan iklim. Sinonim climate mitigation. |
| Intergovernmental Panel on Climate Change (IPCC) | Panel Perubahan Iklim Antara Kerajaan (IPCC) | Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) | Tadbir Urus | Badan yang bertanggungjawab untuk menilai sains perubahan iklim. |
| The Special Climate Change Fund (SCCF) | Kumpulan Wang Perubahan Iklim Khas (SCCF) | Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) | Tadbir Urus | Kumpulan wang yang ditubuhkan di bawah Konvensyen Kerangka Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk membiayai projek yang berkaitan dengan pemindahan dan pembangunan teknologi serta kepelbagaian ekonomi. |
| International Panel on Climate Change (IPCC) | Panel Antarabangsa Perubahan Iklim (IPCC)] | Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) | Tadbir Urus | Badan yang diwujudkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk menilai sains berkaitan dengan perubahan iklim. |
| climate change refugee | pelarian perubahan iklim | Alam Sekitar | Tiada | Individu atau komuniti yang terpaksa berpindah meninggalkan rumah mereka secara tiba-tiba, disebabkan oleh pelbagai faktor persekitaran yang dicetuskan oleh perubahan iklim. Sinonim pelarian iklim. |
| United Nations Framework Convention on Climate Change (UNFCCC) | Konvensyen Kerangka Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNFCCC) | Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) | Tadbir Urus | Konvensyen antarabangsa untuk menangani cabaran global perubahan iklim yang disepakati di Persidangan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Alam Sekitar dan Pembangunan di Rio de Janeiro, Brazil pada tahun 1992. |
| Paris Agreement | Perjanjian Paris | Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) | Tadbir Urus | Perjanjian antarabangsa berkaitan dengan perubahan iklim yang termeterai dalam Persidangan Negara Ahli ke-21, Konvensyen Kerangka Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Paris. |
| Glasgow Climate Pact | Pakatan Iklim Glasgow | Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) | Tadbir Urus | Persetujuan yang dicapai semasa Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 2021 di Glasgow, Scotland untuk memperkukuh usaha bagi membina daya tahan terhadap perubahan iklim dan mengekang pelepasan gas rumah hijau serta menyediakan pembiayaan yang diperlukan oleh kedua-duanya. |
| climate diplomacy | diplomasi iklim | Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) | Tadbir Urus | Usaha diplomatik untuk menangani dan mengurus cabaran akibat perubahan iklim melalui rundingan dan kerjasama antarabangsa demi mewujudkan penyelesaian mampan dan mencapai kesepakatan dalam menghadapi isu perubahan iklim. |