| beg kata (BoW) | bag of word (BoW) | Kecerdasan Buatan | Komunikasi | Model perwakilan teks yang memerihalkan bilangan kemunculan sesuatu kata dalam sesuatu dokumen teks. Model ini tidak mengambil kira sebarang maklumat berkaitan dengan susunan atau struktur kata tersebut tetapi hanya tertumpu pada kewujudan kata yang dikenali dan bilangannya. Sebagai contoh, dalam tiga ayat (i) �Afie makan nasi ayam� (ii) � Faiq makan nasi goreng ayam� (iii) �Afie suka makan nasi�. Jadi 7 patah kata dikenalpasti iaitu (afie, makan, nasi, ayam, faiq, goreng, suka) menjadikan BoW ayat (i) adalah (1,1,1,1,0,0) , ayat (ii) adalah (0,1,1,1,1,1) dan BoW bagi ayat (iii) adalah (1,1,1,0,0,0,1). Permodelan BoW ini digunakan dalam capaian semula maklumat dan alkhwarizmi pembelajaran mesin. Contoh ayat: (i) Afie makan nasi ayam (ii) Faiq makan nasi goreng ayam (iii) Afie suka makan nasi Hasil: Afie makan nasi Ayam Faiq goreng suka Ayat 1 1 1 1 1 0 0 |
| model | model; contoh | Kejuruteraan | Tiada | 1. Perwakilan di dalam istilah matematik untuk menggambarkan proses, peranti atau konsep.,2. Secara umum, gambaran atau perwakilan dalam pembelajaran sesuatu sistem. |
| bit map | peta bit | Teknologi Maklumat | Tiada | 1. Perwakilan perduaan yang setiap bit atau set bit bersepadan dengan objek (imej, fon dll.) atau keadaan. 2. Kawasan dalam ingatan komputer yang mewakili imej video. Untuk skrin monokrom, satu bit dalam peta bit mewakili satu piksel |
| code | kod | Teknologi Maklumat | Tiada | 1. Set peraturan yang memberikan panduan tentang cara data diwakili. 2. Peraturan menukarkan data dari atau perwakilan ke perwakilan lain. 3. Menulis atur cara atau rutin. |
| binary data | data perduaan | Teknologi Maklumat | Perisian | Data yang terdiri daripada angka 0 dan 1. Kesemua penukaran angka daripada pelbagai angka dasar, perwakilan arahan dan perwakilan imej boleh diwakilkan dalam bentuk data perduaan. |
| delegation | penugasan; perwakilan; delegasi; utusan | Sejarah | Tiada | 1. Perihal mengutus rombongan atau wakil dalam satu perundingan.,2. Rombongan perwakilan ke satu perundingan. |
| digital computer | komputer digital | Teknologi Maklumat | Tiada | 1. Komputer yang menggunakan perwakilan data diskret. |
| node | nod | Teknologi Maklumat | Perisian | 1. Unit abstrak asas dalam struktur data pautan seperti pepohon, senarai pautan dan perwakilan graf. Setiap nod mengandungi nilai dan mungkin dipautkan kepada nod-nod lain. Pautan antara nod dilaksanakan melalui rujukan dan penuding. 2. Titik yang mewakili sesuatu objek perkomputeran untuk menggambarkan hubungan dalam rangkaian. Nod-nod dalam rangkaian boleh terdiri daripada komputer, penghala dan suis. Contohnya, penghala boleh dianggap sebagai nod dalam rangkaian. |
| bit | bit | Teknologi Maklumat | Perisian | Perwakilan asas data digital yang hanya mengambil dua nilai atau bentuk, iaitu 0 dan 1. Bit digunakan bagi mengukur saiz storan itu sendiri ataupun saiz storan yang diperlukan dalam operasi pengkomputeran. Satu bait terdiri daripada lapan bit. Satu kilobit adalah bersamaan dengan 1024 bit. |
| authentication tool | alat pengesahan | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | 1. Mekanisme dalam sistem komputer yang digunakan untuk memastikan identiti individu atau keaslian sesuatu data atau mesej. Pengesahan biasanya dilakukan berdasarkan suatu maklumat perwakilan identiti seperti pasangan ID pengguna dan kata laluan. 2. Peranti fizikal yang digunakan untuk memastikan identiti individu. Pengesahan biasanya dilakukan dengan menggunakan token keselamatan seperti kad jalur magnet atau ciri fizikal individu yang unik seperti cap jari. |