| short pin | pin suak | Sukan | Boling | Pin yang jatuh tetapi gagal menjatuhkan pin-pin yang lain masih berdiri. |
| spare leave | pin baki sulih tumbas | Sukan | Boling | Pin-pin yang tidak dapat dijatuhkan selepas percubaan kedua dalam satu rangka permainan |
| cemented pin | pin tersimen | Pergigian | Tiada | Pin yang digunakan dalam bidang pergigian yang berfungsi untuk memberi pegangan kepada restorasi. Pin ini tidak bergerigi dan disimenkan ke dalam liang pin yang disediakan pada gigi untuk mendapat pegangan bagi bahan restorasi. Saiz liang pin yang dibuat dengan gerudi khas ialah 0.025-0.05 mm lebih besar daripada saiz pin. Pin disimen menggunakan zink fosfat atau zink polikarboksilat. Penggunaan pin jenis ini tidak meluas berbanding pin swaulir. |
| self-threading pin | pin swaulir | Pergigian | Tiada | Pin bergerigi yang digunakan dalam bidang pergigian yang berfungsi untuk memberi pegangan kepada restorasi. Pin ini diskrukan ke dalam liang pin yang disediakan pada gigi untuk mendapat pegangan bagi bahan restorasi. Liang pin yang disediakan lebih kecil daripada saiz pin. Pin ini terdapat dalam empat saiz dengan garis pusat 0.78 mm, 0.61 mm, 0.48 mm dan 0.38 mm manakala saiz liang pin yang dibuat dengan gerudi khas pula ialah 0.68 mm, 0.53 mm, 0.43 mm dan 0.34 mm. Sinonim pin berulir. |
| split | cabang | Sukan | Boling | 1. Jajaran pin yang tidak mempunyai pin pengantara dengan syarat pin 1 telah dijatuhkan pada percubaan pertama. 2. Kumpulan pin yang tidak mempunyai pin depan dengan syarat pin 1 telah dijatuhkan pada percubaan pertama. |
| friction pin-locked | pin terkunci geseran | Pergigian | Tiada | Pin yang digunakan dalam bidang pergigian yang berfungsi untuk memberi pegangan kepada restorasi. Pin yang berukuran 4 mm ini diperbuat daripada logam dan bergerigi. Ia ditanam ke dalam dentin sedalam 2 mm dan yang selebihnya akan berada di dalam kaviti untuk memegang bahan restorasi. Sebelum pin ini ditanam ke dalam struktur gigi, liang pin dibuat dengan gerudi khas yang lebih kecil iaitu 0.025-0.05 mm daripada saiz pin yang digunakan. |
| head pin | pin kepala | Sukan | Boling | Pin yang berada di baris paling hadapan dalam kedudukan pin, dikenali sebagai pin 1. |
| cemented pin | pin tersimen | Perubatan | Tiada | Pin yang disimenkan ke saluran dalam dentin menggunakan simen, berfungsi sebagai penopang restorasi. |
| connection pin | pin sambungan | Sosiologi | Tiada | Pin yang memudahkan sambungan litar. |
| hardboard pin | pin papan gentian keras | Kesenian | Tiada | Pin yang digunakan pada papan gentian keras. |