| pull on pants | seluar sauk | Kesenian | Tiada | Seluar panjang yang tidak mempunyai belah sembunyi kancing, bahagian pinggangnya menggunakan pita kenyal dan memakainya dengan cara menyauk. |
| gym bloomers | blumer jasmani | Kesenian | Tiada | Seluar gelembung paras betis daripada fabrik tahan lasak, berwarna biru tua atau fabrik satin hitam, bahagian pinggangnya berlisu dan berikat pinggang. Pakaian wanita untuk latihan jasmani dan berkhemah dari tahun 1900 hingga akhir tahun 1920-an. |
| blouse-dress | pakaian blouson | Kesenian | Tiada | Pakaian kanak-kanak lelaki dan perempuan yang dipakai pada tahun 1880-an. Bahagian atas pakaian ini seakan-akan blaus gelembung dan garisan pinggangnya berada pada garis pinggul. Bahagian bawahnya pendek dan mempunyai lisu beriring. Pada tahun 1980-an fesyen ini telah dipopularkan semula. |
| abhangga | abhangga | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Kajian ikonografi dalam menentukan lurus atau sengetnya satu garis lurus yang dapat diukur dari bahagian tengah mahkota atau rambut ke bahagian dagu, dari dagu ke pusat dan dari pusat ke bahagian buku lali kaki. Biasanya, kedudukan arca ini tidak berdiri lurus sepenuhnya dan dapat dilihat sama ada bahagian badan atau pinggangnya yang bengkok sedikit, sama ada ke kanan atau ke kiri. Abhangga berasal daripada bahasa Sanskrit yang bermaksud diri tegak. |