Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[plat.fom] | ڤلتفوم

Definisi : 1. lantai yg ditinggikan sbg pentas utk penyanyi (pelakon dsb); 2. lantai yg di­tinggikan di stesen kereta api utk memudah­kan para penumpang naik turun dr kereta api; 3. dasar, (prinsip sesuatu parti politik dll), asas perjuangan; ~ parti dasar (rancangan dll) parti. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[plat.fom] | ڤلتفوم

Definisi : 1 binaan yg rata dan terletak lebih tinggi drpd paras lantai spt tempat berucap dlm dewan dsb. 2 kawasan tanah yg rata permukaannya dan lebih tinggi drpd kawasan sekitarnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata platform


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
e-learning platformplatform e-pembelajaranTeknologi Maklumate-PembelajaranSistem komputer yang digunakan untuk menyokong pelaksanaan e-pembelajaran. Persekitaran platform yang digunakan antaranya ditentukan oleh jenis sistem pengoperasian (OS), spesifikasi komputer minimum dan keperluan jalur lebar rangkaian.
learning platformplatform pembelajaranTeknologi Maklumate-PembelajaranRangka kerja teknologi bersifat perkhidmatan perisian dengan menggunakan pengkomputeran awan bagi menyokong pembelajaran berbilang pengguna dan saling boleh kendali dengan aplikasi web. Platform pembelajaran ini menyediakan data, maklumat, alat aplikasi dan sumber sokongan pembelajaran dalam meningkatkan penyampaian serta pengurusan pendidikan kepada tenaga pengajar, pelajar, ibu bapa dan mereka yang terlibat dalam pendidikan khususnya e-pembelajaran.
platform analitikanalytics platformKecerdasan BuatanPerkhidmatanTeknologi komputer yang menyediakan ekosistem bagi perkhidmatan analitik data yang komprehensif dan bersepadu. Platform ini direka untuk mencerna, memproses, menganalisis dan menvisualkan data. Platform ini antaranya dapat menyediakan alatan papan pemuka, pertanyaan adhoc, model ramalan risiko dan analisis geospatial.
platform AIAI platformKecerdasan BuatanPerkhidmatanTeknologi bersepadu yang menghimpunkan alat, kerangka dan perkhidmatan untuk menyokong pembangunan, pemasangan, pengujian dan pengurusan penyelesaian atau model AI. Platform ini lazimnya menyediakan API (Antara Muka Pengaturcaraan Aplikasi) atau SDK (Kit Pembangunan Perisian) bagi membolehkan pembangun menyepadukan keupayaan AI ke dalam aplikasi, produk atau perkhidmatan mereka. Melalui platform sedemikian, pembangun dapat memanfaatkan fungsi AI tanpa perlu membina alkhwarizmi yang kompleks dari awal. Contoh platform AI termasuk Microsoft Azure AI, OpenAI, Google Cloud Vertex AI, watsonx (dahulu IBM Watson), dan Amazon SageMaker.
platformplatformSains PolitikPolitik PerbandinganTiada
party platformplatform partiPendidikanTiadaTiada
election platformplatform pemilihanGeografiTiadaTiada
party platformplatform partiSains PolitikTiadaTiada
election platformplatform pemilihanSains PolitikTiadaTiada
striking platformplatform pukulan (Tinju)SukanTiadaTiada
12345678910...

Kembali ke atas