Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[po.ten] | ڤوتن

Definisi : (Ubat) 1. mempunyai kesan kimia atau fizikal yg kuat (bkn dadah, racun dsb); 2. berupaya melakukan hubungan seks dgn berkesan (bkn orang lelaki). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata poten


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
potentpotenPerubatanTiadaBerkaitan dengan ubatan yang sangat berkesan dan mujarab.
kininkininPerubatanTiadaKumpulan peptida vasodilator poten yang terdiri daripada bradikinin, lisilbradikinin (kalidin) dan metionillisilbradikinin yang terdapat dalam plasma dan urin. Ia terhasil daripada tindakan kalikrein terhadap substrat protein yang dikenali sebagai kininogen. Ia menghasilkan vasodilatasi yang kuat pada kumpulan salur darah yang terdapat pada jantung, ginjal, usus, otot skeletal dan hepar. Kinin juga berfungsi dalam proses inflamasi dan penghasilan nyeri.
estradiolestradiolPerubatanTiadaSejenis hormon steroid yang merupakan estrogen semula jadi daripada plasenta dan ovari yang paling poten, yang terdapat pada manusia.
loop diureticsdiuretik kawasan lengkungPerubatanTiadaKumpulan ubat yang menambahkan penghasilan urin yang bertindak pada segmen lengkung Henle pada tubul ginjal. Ia merupakan kumpulan diuretik yang paling poten dan berefikasi tinggi serta digunakan dalam penyakit yang membendung air dalam badan, seperti kegagalan jantung dan ginjal. Contoh ubat ialah Frusemide dan asid Ethacrinic. Kesan sampingan penggunaan ubat ini ialah hipokalemia, hipokalsemia dan dehidrasi.
estradiolestradiolPerubatanTiadaNama kimia: estra-1,3,5 (10)-triena-3,17-diol; C18H24O2. Sejenis hormon steroid yang merupakan estrogen semula jadi daripada plasenta dan ovari yang paling poten, yang terdapat pada manusia. Fungsi utamanya ialah menyediakan rahim untuk implantasi ovum yang tersenyawa dan juga merangsangkan serta mengekalkan ciri-ciri seks sekunder perempuan. Bahan ini telah diasingkan daripada ovari babi hutan dan kencing kuda yang bunting, dan sudah pun berjaya disintesiskan di dalam makmal.
buprenorphinebuprenorfinaKimiaForensikNama dagang, Buprenex. Analgesik opioid yang juga merupakan antagonis dan digunakan dalam rawatan sakit sederhana hingga teruk, termasuk untuk melegakan sakit sebelum dan semasa pembedahan. Buprenorfina diambil sebagai tablet yang perlu dilarutkan di bawah lidah atau sebagai suntikan dan merupakan 25 - 40 kali lebih poten sebagai analgesik berbanding morfin.

Kembali ke atas