| psychiatrist | pakar psikiatri | Psikologi | Psikologi Umum | Pakar perubatan yang mengkhusus dalam bidang rawatan pesakit yang mengalami kecelaruan mental. Pakar psikiatri banyak menggunakan pendekatan psikoterapi semasa memberikan rawatan kepada pesakit. Pakar psikiatri berbeza dengan ahli psikologi kerana mereka boleh mempreskripsikan ubat. Walau bagaimanapun, ahli psikologi di sesetengah negara telah dibenarkan untuk mempreskripsikan ubat kepada pesakit. |