| referendum | pungutan suara | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Mekanisme yang membolehkan pengundi membuat pilihan antara beberapa alternatif dalam melakukan sesuatu dalam hal politik. Hasil keputusan pungutan suara dimasukkan ke dalam perlembagaan negara dan menjadi sebahagian daripada undang-undang negara. Pungutan suara juga perlu dilakukan sebelum sebarang perjanjian antarabangsa ditandatangani atau sebelum sebarang perbelanjaan awam diluluskan bagi sesuatu tujuan. Switzerland merupakan salah sebuah negara yang mengamalkan pungutan suara secara meluas. |
| referendum | pungutan suara | Sains Politik | Politik Perbandingan | Bancian pendapat mengenai sesuatu isu yang penting dalam sebuah negara yang memerlukan satu keputusan segera anggota masyarakat. Pungutan suara ini akan menggambarkan pandangan atau pilihan masyarakat manakala kerajaan akan bertindak berasaskan keputusan tersebut. Dalam referendum ini, orang ramai diberi pilihan dan menandakannya di dalam kertas undi yang diedar. Kebiasaannya satu hari atau minggu khas diadakan untuk referendum ini. Contohnya, rakyat wilayah Acheh telah mengadakan referendum dalam isu untuk kekal atau keluar dari Indonesia. Sinonim referendum. |
| plebiscite stamp | setem pungutan suara | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Setem pos yang dikeluarkan oleh negara yang mendapat kemerdekaan sementara yang masa depan politiknya diputuskan melalui pungutan suara. |
| poll | pengundian | Sains Politik | Politik Perbandingan | Pilihan raya atau tinjauan pendapat yang diadakan untuk memilih wakil rakyat atau untuk memperoleh sesuatu pandangan. Pengundian diadakan secara berkala dengan penglibatan pemilih untuk memilih calon wakil rakyat manakala pungutan suara atau tinjauan pendapat awam diadakan apabila perlu untuk melihat sesuatu isu. Pengundian lazimnya diadakan dalam satu atau beberapa hari yang ditetapkan dan hanya pengundi berdaftar yang layak mengundi. Pemilih dikehendaki menandakan calon yang dipilih dalam kertas undi yang disediakan dan kemudian memasukkannya ke dalam kotak undi ang disediakan di pusat mengundi. Pungutan suara pula boleh dilaksanakan dalam bentuk kertas tinjauan, temu bual secara langsung, telefon, internet dan sebagainya. Pelaksanaan pungutan suara lebih fleksibel dan tidak terikat dengan pelbagai peraturan perundangan. Contoh pengundian ialah pilihan raya umum di Malaysia yang diadakan pada setiap empat atau lima tahun sekali. Sinonim pungutan suara. |
| referendum | pungutan suara/ referendum | Komunikasi | Tiada | Tiada |
| referendum | pungutan suara/ referendum | Pentadbiran | Tiada | Tiada |
| referendum | pungutan suara/ referendum | Komunikasi | Tiada | Tiada |
| referendum | pungutan suara/ referendum | Sains Politik | Tiada | Tiada |
| referendum | pungutan suara/ referendum | Undang-undang | Tiada | Tiada |
| referendum | pungutan suara/ referendum | Sejarah | Tiada | Tiada |