Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : kisaran angin; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
pusar
Kata Terbitan : berpusar, memusarkan, pusaran,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
dust devilpusar debuSainsHidrometeorologiPusaran yang cukup sempurna, atau angin pusaran yang kecil, tetapi kencang, biasanya berlaku dalam tempoh yang singkat dan dapat dilihat disebabkan oleh debu, pasir dan puing yang dipungut dari muka bumi. Garis pusatnya antara lebih kurang 10 kaki hingga melebihi 100 kaki; ketinggian puratanya lebih kurang 600 kaki, tetapi terdapat sebahagian kecil yang ketinggiannya sampai beberapa ribu kaki. Pusar debu paling kerap terjadi pada sebelah petang yang panas dan tenang dengan langit terang, di kawasan kering apabila keamatan pemanasan permukaan menyebabkan kadar tukaran suhu yang amat curam di beberapa ratus kaki bahagian bawah atmosferanya.
dust devilpusar debuMeteorologiMeteorologi PerhubunganPusaran yang cukup sempurna, atau angin pusaran yang kecil, tetapi kencang, biasanya berlaku dalam tempoh yang singkat dan dapat dilihat disebabkan oleh debu, pasir dan puing yang dipungut dari muka bumi. Diameternya antara 10 kaki hingga melebihi 100 kaki; ketinggian puratanya 600 kaki, tetapi terdapat sebahagian kecil yang ketinggiannya sampai beberapa ribu kaki. Pusar debu paling kerap terjadi pada sebelah petang yang panas dan tenang dengan langit cerah, di kawasan kering apabila keamatan pemanasan permukaan menyebabkan kadar tukaran suhu yang amat curam di beberapa ratus kaki bahagian bawah atmosferanya. Juga disebut puyuh debu.
vorticity-trasport hypothersishipotesis kevortisan-pengangkutanSainsHidrometeorologiHipotesis bahawa kevortisan dan bukan momentum adalah kekal dan fluks pusaran bergolak kerana wujudnya pembuaian tekanan. Hipotesis ini digunakan terutamanya jika golakan khusus berdimensi dua. Hipotesis ini, bersama dengan kepanjangan campuran, membawa kepada ungkapan bagi ubahan tegaran ricih, T mengikut ketinggian 1 ?r d2? = K ?z dz2' dengan K ialah koefsien kelikatan pusaran, dan ? ialah min angin mendatar.
eddy-correlation method syn. eddy-flux method; eddy-transfer methodkaedah korelasi-pusaranHidrologiTiadaKaedah yang digunakan untuk menganggar sejatan dengan mengukur buaian jangka pendek halaju tegakan angin dan wap air pada suatu paras sembarangan.
convection currentarus olakanSainsHidrometeorologiSebarang arus yang melibatkan olakan. Dalam meteorologi, arus olakan selalunya digunakan bagi bahagian kitaran olakan yang bergerak ke atas seperti gerakan disebabkan oleh terma atau angin naik dalam awan kumulus. Dalam ilmu elektrik atmosfera, arus olakan ialah sebahagian daripada arus udara-bumi bagi cas yang terpindah secara menegak antara permukaan bumi dan atmosfera atas. Istilah ini termasuk bukan sahaja arus pusaran baur yang wujud di kawasan cas ruang bersih, tetapi juga arus yang disebabkan jatuhan zarah kerpasan yang tercas (arus kerpasan).
downwellingjunam airSains MarinTiadaPergerakan air laut dari bahagian permukaan ke dasar laut yang berlaku disebabkan oleh proses yang berbeza. Kebiasaannya pergerakan air laut ini disebabkan oleh perbezaan ketumpatan air, seperti air sejuk atau air berkemasinan tinggi yang lebih tumpat berbanding dengan air panas atau air berkemasinan rendah. Junam air dapat berlaku di kawasan pertemuan arus lautan yang menolak air permukaan ke bawah seperti kawasan pusaran subkutub Atlantik Utara. Pergerakan angin juga boleh mendorong berlakunya junam air. Kawasan-kawasan junam air mempunyai produktiviti yang rendah kerana nutrien dalam turus air digunakan, tetapi tidak diganti oleh air kaya nutrien dari dasar laut. Junam air juga membolehkan ventilasi laut dalam berlaku kerana air permukaan membawa oksigen terlarut turun dari permukaan ke dasar lautan.

Kembali ke atas