| security threat | ancaman keselamatan | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Ancaman ke atas aset komputer atau ICT yang boleh menyebabkan aset ini diubah suai, dinafikan khidmatnya atau maklumat rahsianya terbongkar kepada entiti yang tidak berkuat kuasa. Contohnya, nafi khidmat, pengubahsuaian yang tidak sah dan pembongkaran maklumat rahsia. |
| confidant | tema mengadu | Kesusasteraan | Tiada | Watak dalam drama yang membantu watak utama dari segi memberikan nasihat dan mendengar segala masalah dan keluhan watak utama di samping menyimpan rahsianya. |
| sustainable competitive advantage | kelebihan saingan mampan | Pengurusan | Perancangan | Keupayaan unik sesebuah organisasi yang sukar ditandingi oleh pesaing, dan kelebihan ini boleh membawa kepada penguasaan pasaran bagi tempoh masa yang panjang. Kelebihan saingan mampan hanya mampu dicapai apabila organisasi berupaya menjamin penghasilan keuntungan secara konsisten. Contohnya, syarikat global pengeluar minuman ringan mempunyai kelebihan saingan mampan di pasaran minuman ringan melalui formula rahsianya yang berjaya menghasilkan citarasa yang nyata berbeza dan unik berbanding minuman kola yang lain. |