| refrain | baris ulang | Kesusasteraan | Tiada | Rangkaian kata atau baris yang diulang kembali pada jarak tertentu dalam sesebuah karya sajak selalunya pada rangkap atau bait terakhir. |
| antiphrase | antifrasa | Kesusasteraan | Tiada | Perkataan atau rangkaian kata yang berunsurkan ironis, satira atau humor untuk menyampaikan sesuatu maksud yang bertentangan dengan yang dituturkan. |
| cant | bahasa khas | Kesusasteraan | Tiada | Bahasa khas: Bahasa atau rangkaian kata yang digunakan oleh satu golongan atau kumpulan tertentu dan mungkin difahami di kalangan mereka sahaja. |
| pengetag golongan kata (POS) | part of speech (POS) tagger | Kecerdasan Buatan | Komunikasi | Alkhwarizmi dalam pemprosesan bahasa tabii (NLP) yang melabelkan golongan kata (POS) dalam ayat sesebuah teks secara automatik seperti dalam aplikasi sistem soal jawab dan analisis sentimen. Contoh golongan kata utama dalam bahasa Melayu ialah kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata tugas. Sebagai contoh, bagi ayat �Keluarga saya suka berkelah di tepi pantai Merdeka�, setiap kata akan di tag secara automatik kepada kata dan tag: �keluarga = kata nama, saya = ganti nama, suka, berkelah = kata kerja, �di� = kata tugas, �tepi� = kata adjektif, pantai = kata nama, �Merdeka� = kata nama khas�. Alkhwarizmi yang sering digunakan bagi mengetag golongan kata adalah berasaskan peraturan, kaedah stokastik dan kaedah berasaskan rangkaian neural seperti Model Markov Tersembunyi (HMM), Rangkaian Memori Jangka Pendek Panjang Dwi Arah (Bi-LSTM) dan Transformer. |
| local access | capaian setempat | Teknologi Maklumat | Perisian | Jenis capaian yang hanya boleh dimanfaatkan dalam domain tertentu seperti rangkaian dalaman. Tujuannya adalah untuk mengoptimumkan penggunaan sumber dan memastikan keselamatan rangkaian. Capaian ini boleh dilaksanakan melalui polisi rangkaian seperti peraturan tembok api, kata laluan dan rangkaian persendirian maya. Contohnya, mesin pencetak biasanya mempunyai capaian setempat. |
| authentication | pengesahan | Teknologi Maklumat | Tiada | Langkah keselamatan atau teknik yang memerlukan pengguna mencapai sumber dalam Internet atau Intranet dengan memasukkan nama pengguna dan kata laluan. Rangkaian klien/pelayan seperti Windows NT dan sesetengah tapak web memerlukan identiti seseorang disahkan sebelum dibenarkan mencapai fail. Langkah ini adalah untuk menentukan pengguna ialah pengguna yang dibenarkan. |
| replay attack | serangan ulangan | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Serangan ke atas rangkaian yang menyebabkan data yang dihantar oleh pengguna melalui rangkaian dipintas dan dihantar semula secara tidak sah oleh pengguna hasad. Serangan ini bertujuan untuk penyamaran atau pengubahan data. Penyamaran ulangan melibatkan paket data yang mengandungi kata laluan seseorang pengguna boleh dipintas dari rangkaian oleh pengguna hasad. Setelah pemintasan, pengguna hasad boleh melawati laman yang dikunjungi pengguna sebenar dan mengulangi penghantaran paket tersebut untuk mensimulasikan kemasukan kata laluan. Contoh variasi serangan ulangan untuk perubahan data pula ialah fenomena yang berlaku dalam urus niaga perbankan apabila paket urus niaga deposit wang ke dalam suatu akaun dipintas. Paket data yang sama boleh diulang berkali-kali untuk mensimulasikan deposit wang yang berterusan. Banding serangan aktif dan serangan pasif. |
| tinkerbell program | atur cara tinkerbell | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Perisian pemantauan yang digunakan oleh pentadbir sistem untuk mengimbas penyambungan ke rangkaian komputer untuk mengimbas penyambungan ke rangkaian komputer atau membanteras penyalahgunaan identiti pengguna. Perisian ini akan memberi amaran kepada pentadbir sistem apabila sambungan ke rangkaian tersebut cuba dilakukan daripada lokasi tertentu atau lokasi yang tidak diketahui. Amaran aman diberikan setiap kali sistem cuba dicapai dengan menggunakan ID tertentu. Contohnya, perisian ini akan bertindak menghubungi pentadbir sistem apabila terdapat percubaan mencapai sistem menggunakan ID dan kata laluan ketua organisasi, atau ID yang berkeistimewaan tinggi. |
| one-time password | kata laluan guna sekali | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Kaedah pengesahan pengguna berasaskan teknik cabar sahut, iaitu pada setiap sesi pengesahan yang berlainan, sistem akan membekalkan beberapa pemboleh ubah yang berbeza-beza. Berdasarkan nilai pemboleh ubah yang diberikan, pengguna akan mengira nilai yang sepatutnya diberikan sebagai jawapan. Pengguna tidak diberikan kata laluan yang kekal tetapi diberikan rumus algebra yang unik, ataupun senarai rujukan atau jadual persilangan. Contohnya, pengguna diberikan rumusan (x2 + 3y)/z sebagai algoritma yang unik dan kekal. Sistem pula akan membekalkan pemboleh ubah x =4, y=3 dan z=5 sebagai cabaran. Pengguna akan menggunakan pemboleh ubah berkenaan dalam rumusnya seperti yang berikut: (42 + 3(3)) /5 = 5 dan membekalkan jawapan �5� sebagai tindak balas. Sekiranya jawapan adalah betul, sistem komputer akan membenarkan pengguna mencapai sistem tersebut. Kaedah ini dapat mengekalkan pemintasan kata laluan melalui analisis rangkaian kerana sistem akan memberikan pemboleh ubah yang berlainan pada setiap sesi. |
| key sequence | jujukan kekunci | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Rangkaian ketikan kekunci yang menjadi arahan kepada sistem pemprosesan kata. |