| mens rea | mens rea | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Elemen mental yang diperlukan bagi sesuatu jenayah. Elemen ini boleh dalam bentuk niat jahat bagi melakukan sesuatu perbuatan atau menghasilkan satu kesan, atau boleh juga dalam bentuk kecuaian sehingga terhasil sesuatu perbuatan ataupun kesan. Niat merupakan keadaan mental individu yang dapat disimpulkan berdasarkan perbuatan individu itu. Contohnya, niat membunuh dapat disimpulkan daripada keadaan kecederaan yang ditanggung oleh mangsa. Apabila seseorang tertuduh menikam dengan senjata tajam ke bahagian perut seseorang dengan kekuatan yang mencukupi bagi menembusi perut dan organ dalaman, tidak syak lagi bahawa beliau sebenarnya berniat menyebabkan kecederaaan yang biasanya boleh membawa maut kepada mangsa. Terdapat anggapan di sisi undang-undang bahawa mens rea merupakan elemen utama dalam setiap kesalahan jenayah yang hanya boleh diketepikan oleh peruntukan-peruntukan statut atau perkara-perkara pokok yang berkaitan. Mens rea berasal daripada bahasa Latin yang bermaksud niat yang salah. |
| mens rea | mens rea | Undang-undang | Tiada | Tiada |
| ihea | rea | Biologi | Umum | Tiada |
| mistake of fact | kesilapan fakta | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Kekhilafan mengenai sesuatu perkara selain daripada kesilapan undang-undang. Kesilapan fakta boleh menjadi alasan atau pembelaan oleh pihak tertuduh bagi mengelakkan tanggungjawab jenayah. Kesilapan fakta hendaklah membatalkan elemen mens rea (niat jahat), seperti kesilapan identiti mangsa. Contohnya, dalam undang-undang jenayah antarabangsa, seorang penempur yang menyangka sasarannya ialah seorang musuh, dan menyerang sasaran tersebut tetapi kemudiannya mendapati mangsa ialah orang awam yang dilindungi oleh undang-undang kemanusiaan antarabangsa. Penempur yang tidak mempunyai niat untuk mensasarkan orang awam tersebut boleh menjadikan kesilapan fakta sebagai satu alasan jika dia didakwa di mahkamah. |