| extended reality (XR) | realiti lanjutan (XR) | STEM | Tiada | Teknologi yang mengubah realiti melalui penambahan kandungan digital (model 3D, animasi dan video) kepada persekitaran fizikal dan membolehkan pengguna berinteraksi dengannya. Realiti lanjutan merangkumi realiti terimbuh, realiti maya dan realiti tergabung. |
| reality effect | kesan realiti | Kesusasteraan | Tiada | Butiran dunia realiti yang tidak berfungsi untuk mengembangkan plot sesuatu cerita tetapi merupakan dariapda realiti yang dipaparkan. Butiran ini dianggap penanda untuk mengesahkan kesahihan realiti tersebut. Kesan realiti berkaitan dengan aliran realisme yang muncul sebagai respons kepada aliran romantisisme yang mengatakan bahawa penulis sastera harus menggambarkan kehidupan yang ideal. Penulis kesan realiti gemar memilih objek biasa, tetapi melalui teknik penceritaan, objek itu digambarkan secara terperinci untuk melahirkan kesan realiti yang menarik perhatian pembaca. Contohnya, novel Mereka yang Tertewas oleh Hasanuddin Md. Isa (1993). Novel ini menggambarkan secara terperinci keadaan Kampung Bukit Setugal untuk melahirkan kesan realiti seperti yang berikut: �...sebatang sungai mengalir, di puncak Bukit Setugal ia berpunca. Sungai itu membelah tanah-tanah sawah yang terbentang sesayup mata memandang. Aur-aur yang menumpang berdiri di tepi-tepi tebing sungai itu meliuk-liuk dedaunnya bergeseran setelah |
| mixed reality (MR) | realiti tergabung (MR) | STEM | Tiada | Teknologi yang menggabungkan elemen realiti maya (VR) dan realiti terimbuh (AR) untuk menghasilkan persekitaran baharu yang melibatkan interaksi objek fizikal dan digital. |
| contrastive world | dunia kontrastif | Kesusasteraan | Tiada | Dunia fiksyen yang memerihalkan realiti seharian dengan menampilkan dua realiti yang saling kontras. Dua realiti yang dimaksudkan ialah dunia yang dicipta berdasarkan realiti seharian dan fantasi. Dunia kontrastif kerap ditemui dalam fiksyen sains dan naratif fantasi. Lihat juga dunia aditif. |
| absurd | absurd | Kesusasteraan | Tiada | 1. Istilah yang berasal dari perkataan Latin 'absurdum' bermaksud sesuatu yang bertentangan atau tidak selari. 2. Sesuatu yang tidak menggambarkan realiti, tetapi menggambarkan di sebalik realiti dan merupakan realiti. |
| spatial computing | pengkomputeran reruang | Teknologi Maklumat | Tiada | Gabungan dunia digital dan fizikal dengan menggunakan teknologi kecerdasan buatan, realiti maya (VR) dan realiti terimbuh (AR) untuk membolehkan pengguna berinteraksi dengan komputer. |
| additive world | dunia aditif | Kesusasteraan | Tiada | Dunia fiksyen yang lengkap, mewah dan beraneka ragam, dan lebih menyerlah daripada dunia realiti, yang memerihalkan bahawa realiti ialah dunia aditif, dunia substraktif dan dunia kontrasif. |
| virtual reality | realiti maya | Teknologi Maklumat | Perisian | Teknologi yang membenarkan pengguna berinteraksi dengan persekitaran tersimulasi komputer sama ada persekitaran simulasi dunia sebenar atau persekitaran khayalan. Kebanyakan persekitaran realiti maya terkini adalah berdasarkan pengalaman visual yang dipaparkan melalui skrin komputer atau paparan stereoskopik. Realiti maya biasanya digunakan dalam pelbagai aplikasi seperti perisian CAD, persekitaran 3D, pemecutan perkakasan grafik dan visual resolusi tinggi. |
| markerless augmented reality (AR) | realiti terimbuh (AR) tanpa penanda | STEM | Tiada | Teknik realiti terimbuh yang tidak menggunakan penanda fizikal untuk menindih kandungan digital ke dalam dunia nyata, sebaliknya menggunakan kamera atau sensor peranti untuk mengecam atribut dunia sebenar. |
| denial of reality | penafian realiti | Psikologi | Psikologi Umum | Tindakan individu untuk tidak menerima sesuatu yang benar atau realiti. Contohnya, pesakit menafikan kenyataan daripada pakar perubatan tentang penyakit berbahaya yang dihidapinya setelah didiagnosis. |