| inventive design | reka bentuk rekaan | Kesenian | Tiada | Tiada |
| comprehensive layout | reka letak lengkap | Komunikasi | Korporat | Cadangan reka letak iklan bercetak yang disediakan secara menyeluruh. Cadangan reka letak ini dibuat dalam bentuk sebenar dari segi saiz, warna, kedudukan motif, dan mesej. Penghasilan reka letak lengkap iklan adalah secara bercetak, sama ada menggunakan kemudahan komputer atau kaedah lain. Tujuan penyediaan cadangan reka letak lengkap adalah untuk memudahkan pihak perancangan strategi pengiklanan membuat keputusan, sama ada menerima atau menolak rekaan tersebut, memudahkan semakan dibuat oleh pelanggan agensi pengiklanan sebelum memberikan persetujuan akhir dan sebagai alat untuk menguji keberkesanan iklan sebelum penerbitan dan pengedaran seterusnya dilakukan. |
| scenery designing | reka bentuk latar | Kesenian | Drama dan Teater | Rekaan pemandangan di bahagian belakang set utama di atas pentas untuk memberikan gambaran suasana sesuatu adegan. Rekaan ini adalah sebahagian daripada kerja sinografi. |
| Automative Design | Reka Bentuk Automotif | Kesenian | Tiada | Subbidang Reka Bentuk Pengangkutan yang menekankan aspek yang berkaitan dengan rekaan bentuk automatif. |
| bogus stamp | setem rekaan | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | 1. Setem yang direka-reka sendiri yang berbeza daripada setem yang sebenar.,2. Setem yang betul atau sebenar yang telah ditokok-tambah reka bentuknya dengan menggunakan cetak tindan. |
| detail design | reka bentuk terperinci | Kesenian | Tiada | Rekaan yang dihasilkan lengkap dengan perinciannya. |
| costume design | reka bentuk kostum | Kesenian | Drama dan Teater | Rekaan pakaian dan hiasan pelakon untuk disesuaikan dengan watak bagi menampilkan perwatakannya. |
| two-dimensional design (2D) | reka bentuk dua dimensi (2D) | Kesenian | Tiada | Rekaan sesuatu lopak, bentuk tulisan dan sebagainya yang dihasilkan pada permukaan yang datar. |
| principle of design | prinsip reka bentuk | Kesenian | Tiada | Fahaman konvensional tentang asas gubahan dan rekaan dalam seni. |
| fenestration | seni peningkapan | Kesenian | Seni Bina | Reka bentuk perkadaran saiz, susunan dan peletakan bahagian bukaan dinding bangunan seperti tingkap, pintu dan bumbung. Cara peletakan dan kerja-kerja melengkapkan struktur binaan ini boleh menghasilkan rekaan seni peningkapan yang berupaya menarik perhatian. Contohnya, reka bentuk tingkap kekipas, tingkap cahaya atasan dan tingkap unjur. |