Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata risikan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
risikanintelligenceKecerdasan BuatanPerkhidmatanProses mengumpulkan dan menyepadukan data dan maklumat daripada pelbagai sumber untuk menyokong pembuatan keputusan termaklum dan pembangunan sistem. Contoh sumber risikan ialah internet benda (IoT), laman web, pangkalan data dan media sosial. Contoh risikan adalah risikan bisnes, risikan keputusan dan risikan perisian.
intelligence serviceperkhidmatan risikanSains PolitikHubungan AntarabangsaPerkhidmatan yang dilaksanakan untuk mengumpul maklumat rahsia. Kegiatan pengumpulan rahsia ini biasanya dilakukan bagi pihak negara tertentu. Contohnya, di Britain terdapat dua organisasi yang menyediakan perkhidmatan risikan, iaitu Perkhidmatan Risikan Rahsia (MI6) yang beroperasi di luar negara dan Perkhidmatan Risikan (MI5) yang beroperasi di dalam negara Britain. Keduadua perkhidmatan ini terlibat dalam aktiviti pengumpulan maklumat bagi tujuan perisikan dan juga menentang serta membalas aktiviti perkhidmatan perisikan yang lain. Di Amerika Syarikat pula, Biro Penyiasatan Federal (FBI) ialah ejen perisikan domestik, manakala Agensi Perisikan Pusat (CIA) ialah ejen perisikan yang mempunyai kegiatan yang melibatkan perisikan luar negara.
risikan keputusandecision intelligenceKecerdasan BuatanPerkhidmatanMetodologi dan set proses serta teknologi bagi kitaran pembuatan keputusan yang lebih baik termasuk hasil keputusan yang diurus, dipantau, dinilai, dan ditambah baik melalui maklum balas. Risikan keputusan adalah pembuatan keputusan berkaitan tindakan-ke-hasil. Contohnya, bermula tindakan mengenalpasti keperluan keputusan, memodel atau merisik atau menyiasat beberapa kemungkinan keputusan, menaakul dan memilih keputusan terbaik dan menilai semula hasil keputusan. Metodologi ini menggunakan pelbagai alkhwarizmi yang terdapat dalam bidang sains data, sains pengurusan, sains keputusan dan kecerdasan buatan. Selain itu, risikan keputusan ini tertumpu kepada penggunaan kaedah analitik dan pengkomputeran lanjutan untuk membantu individu dan organisasi dalam membuat keputusan berpacukan data. Sebagai contoh, dalam risikan keputusan pembentukan istilah, melibatkan pelbagai teknik seperti analitik deskriptif, pembelajaran mesin dan capaian semula maklumat. Lihat juga risikan.
risikan perisiansoftware intelligenceKecerdasan BuatanPerkhidmatanKeupayaan perisian untuk mengumpul, menganalisis, dan menggunakan data dan maklumat dengan menganalisis struktur pangkalan data, rangka kerja perisian dan kod sumber untuk lebih memahami dan mengawal sistem perisian yang kompleks dalam persekitaran teknologi maklumat. Proses risikan melibatkan penerapan kecerdasan buatan dan teknik pembelajaran mesin pada aplikasi perisian, membolehkan perisian belajar daripada data, beradaptasi dengan situasi yang berbeza dan membuat keputusan. Lihat juga risikan.
competitive intelligencerisikan sainganPengurusanPerancanganSuatu tindakan mengumpul dan menganalisis maklumat tentang persaingan, pasaran dan persekitaran persaingan yang digunakan sebagai asas untuk membuat keputusan strategik. Sumber maklumat risikan tentang persaingan boleh diperoleh melalui pengumuman pengurusan tertinggi syarikat pesaing mengenai strategi dan hala tuju mereka. Antara tujuan pendekatan ini adalah untuk memperbaik kecekapan proses kerja dengan membandingkan kaedah yang dilakukan oleh pesaing. Contohnya, syarikat A mendapatkan maklumat tentang penggunaan teknologi terkini oleh syarikat B melalui promosi dan pengiklanan produk baharu mereka.
risikan bisnesbusiness intelligenceKecerdasan BuatanPerkhidmatanProses yang menggunakan alat data, aplikasi, infrastruktur IT dan amalan terbaik untuk menganalisis dan membentangkan data bisnes dengan tujuan menyokong pembuatan keputusan strategik dan taktikal yang termaklum. Aktiviti tipikal termasuklah pemvisualan data, penggudangan data, pemprosesan analisis dalam talian (OLAP), pertanyaan dan pelaporan. Lihat juga risikan.
first intelligencerisikan awalKependudukanTiadaTiada
competitive intelligencerisikan sainganTeknologi MaklumatTiadaMaklumat yang memerihalkan aktiviti firma pesaing.
electronic intelligencerisikan elektronikAeroangkasaTiadaPenggunaan peranti elektronik untuk mendapatkan maklumat perisikan.
human intelligencerisikan manusiaAeroangkasaTiadaMaklumat perisikan yang diperoleh dari ejen perisikan.
123

Kembali ke atas