Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : tembakau yg digulung dlm daun nipah (kertas dll): menghisap ~; ~ daun = ~ nipah = ~ pucuk rokok yg pem­balutnya drpd pucuk enau; ~ keretek Id rokok yg tembakaunya dibubuh cengkih; daun ~ pucuk nipah yg dikeringkan utk pembalut rokok; duit (wang) ~ duit sirih, pemberian, upah; merokok menghisap rokok: ia seorang yg tidak ~ dan tidak minum minuman keras; perokok (orang yg) banyak atau kuat meng­hisap rokok. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata rokok I

Puisi
 

Hisap rokok di atas batu,
     Keluar di hidung asap apinya;
Jalak berkokok biring tak tahu,
     Tedung pula jaga dirinya.


Lihat selanjutnya...(11)
Peribahasa

Menguap-nguap bagai ikan kekeringan.

Bermaksud :

Sangat ketagih (minuman, candu, rokok dan sebagainya).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
ashtraytempat abu rokokPentadbiran PerniagaanTiadaTempat yang berupa bekas untuk abu rokok dan puntung rokok.
cigarette paperkertas rokokPentadbiran PerniagaanTiadaKertas yang digunakan untuk membuat rokok yang digunakan untuk mencetak setem yang dikeluarkan di Latvia pada 1919.
cigarette taxcukai rokokPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
cigarette taxcukai rokokEkonomiTiadaTiada
tobacco manufacturespembuatan tembakauEkonomiTiadaPembuatan keluaran tembakau seperti rokok, cerut, tembakau kunyah, dan termasuk juga operasi penyediaan dan pengeringan tembakau.
heavy smokerperokok tegarKesihatanTiadaIndividu yang menghisap jumlah rokok yang banyak setiap hari.
chain smokingperokokan berantaiKesihatanTiadaPerbuatan menghisap beberapa batang rokok secara berterusan.
stub antennaantena puntungSosiologiTiadaAntena yang pendek seperti puntung rokok.
third-hand smokesisa asap basiUmumTiadaAsap tembakau daripada rokok yang melekat pada permukaan atau objek secara tidak langsung.
chain smokerperokok berantaiKesihatanTiadaIndividu yang menghisap beberapa batang rokok secara berterusan.
1234

Kembali ke atas