Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ruah] | رواه

Definisi : ; (ber)tumpah ~ = (me)limpah ~ = penuh ~ a) terlampau penuh sehingga tumpah-tumpah; b) penuh sangat, penuh sekali; c) terlampau banyak, berlebih-lebih, berlimpah-limpah, limpah, mewah; meruah 1. Kd, bk membuang air besar (kecil), berak, kencing; 2. Kd membuang-buang air; meruahkan mencurahkan, melimpahkan, menumpahkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ruah] | رواه

Definisi : ; seruah, seperuah sejauh suara me­manggil, sejauh dapat didengar, sepemanggil; meruah sl memanggil dr jauh, melaung, menyeru: baginda pun menyuruh anakanda baginda diruah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ruah] | رواه

Definisi : ; bulan ~ bulan Arab yg kelapan, bulan Syaaban; ® bulan I. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ruah


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
discharge, bankfulluahan ruahHidrologiTiadaLuahan yang bersepadanan dengan tahap ruah.
politics of abundancepolitik limpah-ruahSejarahTiadaTiada

Kembali ke atas