Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sains komputer


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
computer sciencesains komputerKomputerTiadaTiada
bioinformaticsbioinformatikPertanianAgroteknologiBidang yang menggunakan statistik dan sains komputer dalam mengkaji biologi molekul. Bidang ini banyak mengkaji proses biologi seperti urutan gen, struktur protein dan reka bentuk ubat-ubatan, pemetaan dan analisis DNA serta urutan protein. Kepentingan bidang ini adalah untuk memudahkan analisis dan pemahaman data yang diperoleh daripada penyelidikan. Bioinformatik menyumbang kepada perkembangan kajian genom dan pembentukan pangkalan data.
synthetic biologybiologi sintetikSTEMTiadaBidang yang menggabungkan biologi, kejuruteraan dan sains komputer untuk mereka bentuk dan membina komponen, peranti atau sistem biologi.
bioinformaticsbioinformatikTeknologi Maklumate-KesihatanCabang ilmu yang merupakan gabungan antara disiplin sains komputer, biologi, matematik dan kejuruteraan, yang berkaitan dengan kaedah analisis dan interpretasi data biologi dengan lebih terperinci. Kebanyakan analisis biologi ini dilakukan menggunakan teknik matematik dan statistik.
computer sciencesains komputerMatematikTiadaBidang yang berkaitan dengan cara menggunakan komputer dan seni bina komputer.
pengkomputeran neurosainscomputational neuroscienceKecerdasan BuatanPerkhidmatanBidang antara disiplin AI dengan disiplin matematik, falsafah dan sains komputer yang cuba membongkar rahsia bagaimana prinsip dan mekanisma otak berfungsi. Pengkomputeran neurosains ini mengerakkan pembangunan, pengorganisasian, pemprosesan maklumat dan pensimulasian fungsi mental bagi sistem saraf otak. Contohnya, kajian bidang ini telah membangunkan rangkaian nueral buatan (ANN) bagi memodelkan sistem saraf (nueral) yang mimik otak kita. ANN telah berkembang kepada contohnya pembelajaran mesin, pembelajaran mendalam dan model bahasa besar.
human computer interaction (HCI)interaksi manusia komputer (HCI)Teknologi MaklumatPerisianBidang yang mengkaji interaksi antara manusia dengan komputer. Bidang ini biasanya melibatkan pertindanan antara bidang seperti sains komputer, sains tingkah laku, reka bentuk dan beberapa bidang kajian lain. Interaksi antara pengguna dengan komputer berlaku dalam antara muka pengguna yang melibatkan kedua-dua perisian dan perkakasan. Memandangkan bidang ini melibatkan gabungan manusia dan mesin, maka pengetahuan yang baharu bagi menyokong kedua-dua aspek mesin dan manusia dapat dikembangkan. Dalam aspek mesin, teknik grafik komputer, sistem pengendali dan bahasa pengaturcaraan adalah relevan dalam perkembangan penyelidikan bidang ini. Dalam aspek manusia pula, teori komunikasi, grafik dan reka bentuk industri, linguistik, sains sosial, psikologi kognitif dan prestasi manusia mampu memantapkan bidang ini. HCI kadangkala dirujuk sebagai interaksi manusia mesin (MMI) atau interaksi komputer manusia (CHI).
computer securitykeselamatan komputerTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerSubbidang Sains Komputer yang menyentuh beberapa topik yang merangkumi keselamatan data dan maklumat, keselamatan atur cara dan perisian, dasar keselamatan, keselamatan perkakasan, dan keselamatan aset sistem komputer. Keselamatan komputer juga dikaitkan dengan beberapa aspek utama seperti yang berikut: a. Kerahsiaan untuk memastikan bahawa maklumat tidak dicapai oleh pengguna yang tidak sah. b. Integriti dalam memastikan bahawa maklumat asal tidak diubah oleh pengguna yang tidak sah, sehingga pengguna tidak menyedari perubahan yang berlaku. c. Pengesahan untuk memastikan identiti pengguna yang sah. d. Kawalan capaian dalam memastikan hanya pengguna yang sah boleh mencapai sumber dan perkhidmatan yang disediakan. e. Tanpa sangkalan bagi memastikan penghantar mesej atau pengguna sistem tidak boleh menafikan perbuatan yang telah dilakukan. f. Kesediaan untuk memastikan bahasa sistem yang disediakan berfungsi dan beroperasi dengan baik. g. Hak persendirian dalam memastikan bahawa hak dan maklumat peribadi
machine learningpembelajaran mesinTeknologi Maklumat dan KomunikasiTiadaSuatu bidang sains komputer yang menggunakan kaedah-kaedah statistik membolehkan sistem komputer “mempelajari" (mengingatkan sesuatu tugasan tertentu) dengan data tanpa diprogramkan secara terang-terangan.
artificial intelligence (AI)kecerdasan buatan (AI)Teknologi MaklumatPerisianSubbidang Sains Komputer yang berkait rapat dengan pentaakulan simbolik dan penyelesaian masalah. Kebanyakan pakar mengaitkan kecerdasan buatan dengan dua idea asas, iaitu kajian proses pemikiran manusia dan perwakilan kesemua proses tersebut melalui mesin seperti komputer dan robot. Oleh itu, kesemua perilaku manusia serta sesuatu yang boleh dilakukan oleh mesin dianggap cerdas. Aplikasi kecerdasan buatan digunakan dalam pelbagai peranti cerdas seperti dalam bidang keselamatan, perubatan, perbankan dan permotoran.
1234

Kembali ke atas