Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : tidak mengerti hal yg sebenarnya (silap mengerti); menyalahfahamkan memberi pengertian yg salah, salah mengertikan sesuatu, menyalah-ertikan: pihak-pihak yg tertentu telah ~ pengumuman itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : tidak mengerti hal yg sebenarnya (silap mengerti); (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : tidak mengerti akan hal yg sebenarnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata salah faham

Peribahasa

Memetik kecapi bertali sumbang,
     seperti serunai berbunyi gambang.

Bermaksud :

Percakapan yang tidak jelas sehingga menimbulkan salah faham orang yang mendengarnya.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
context collapsesalah faham konteksTeknologi Maklumat dan KomunikasiTiadaKeadaan apabila mesej yang sama ditafsir secara berbeza oleh pengguna media sosial yang membawa kepada salah faham atau tafsiran yang tidak tepat.
misunderstandingsalah fahamPendidikanTiadaTiada
misunderstandingsalah fahamPentadbiranTiadaTiada
gratia paymentbayaran ex gratiainsuransTiadaBayaran oleh insurer kepada insured apabila tidak terdapat liabiliti di bawah kontrak. Dalam beberapa hal insurer berpendapat bahawa terdapat kesilapan atau salah faham dan ia mungkin membayar tuntutan walaupun tidak boleh dipertanggungjawabkan.
ex gratia paymentbayaran ex gratiaPentadbiran PerniagaanTiadaBayaran oleh insurer kepada insured apabila tidak terdapat liabiliti di bawah kontrak. Dalam beberapa hal insurer berpendapat bahawa terdapat kesilapan atau salah faham dan ia mungkin membayar tuntutan walaupun tidak boleh dipertanggungjawabkan.
aide memoireaide memoireSains PolitikHubungan AntarabangsaCatatan yang dibuat berhubung dengan perbincangan yang telah diadakan antara pihak tertentu. Catatan ini biasanya diserahkan kepada pihak lawan dengan tujuan mengelakkan salah faham mengenai isu yang dibincangkan. Catatan ini tidak mempunyai kuasa yang boleh mengikat mana-mana pihak dalam sesuatu persetujuan melainkan kedua-dua pihak bersetuju berbuat demikian.
public relations auditaudit perhubungan awamKomunikasiTiadaPenyelidikan dalam perhubungan awam yang menggunakan kaedah tinjauan pendapat bagi mengkaji amalan perhubungan awam sesebuah organisasi. Matlamat penyelidikan ini ialah untuk menentukan sejauh mana sesebuah organisasi itu difahami oleh khalayak, mengesan salah faham khalayak dan menentukan khalayak organisasi.
contract analysisanalisis kontrakHerbaPeraturan dan PemasaranPengujian terhadap bahan mentah, sediaan atau produk akhir herba yang dilaksanakan berdasarkan perjanjian yang sah mengikut undang-undang antara pemberi kontrak dengan penerima kontrak. Ujian yang dilakukan perlu diperincikan dengan betul, dipersetujui dan dikawal untuk mengelakkan salah faham yang boleh menyebabkan kualiti ujian tidak memuaskan. Penerima kontrak harus menyatakan dengan jelas tentang pegawai yang diberi kuasa dan bertanggungjawab melaksanakan ujian tersebut.
networkingrangkaianKomunikasiKorporatJaringan perhubungan berstruktur antara individu dengan individu, individu dengan organisasi, organisasi dengan organisasi, organisasi dengan negara, dan antara negara dengan negara. Hubungan yang terjalin adalah berasaskan kepentingan serta matlamat yang sama. Dalam perhubungan awam, salam satu fungsi utama rangkaian adalah mewujudkan, menyuburkan, dan mengekalkan rangkaian bagi mengelakkan sebarang salah faham yang boleh menjejaskan kepentingan pihak yang terlibat. Pihak yang bertanggungjawab dalam mewujudkan dan mengekalkan jaringan ini ialah pengamal perhubungan awam itu sendiri. Keberkesanan jaringan pengamal perhubungan awam banyak bergantung pada kewibawaan, kemampuan, tempoh penglibatan, jenis, dan skop aktiviti perhubungan awam tersebut. Sinonim jaringan.
complicationruwetanKesusasteraanTiadaHalangan yang wujud dalam naratif atau drama yang menyebabkan jalan cerita berubah atau menyimpang daripada plot yang sedang dikembangkan. Halangan ini biasanya muncul secara mendadak atau tiba-tiba dalam bentuk konflik atau kerumitan. Contohnya, apabila kuasa yang bertentangan bertembung atau munculnya maklumat baharu tentang watak atau situasi yang menambahkan masalah, atau timbulnya salah faham. Kerumitan ini diselesaikan dalam bahagian peleraian cerita. Dalam tragedi lima babak, babak kedua sering dikenali sebagai �babak keruwetan�. Lihat juga aksi, aksi menaik, peleraian.
12

Kembali ke atas