Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
satu (kata nama)
Bersinonim dengan tunggal, esa, ahad, eka, se, ganjil;,
Kata Terbitan : satu-satunya, bersatu, menyatukan, menyatupadukan, kesatuan, persatuan, berpersatuan, penyatu, penyatuan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
disc refinerceper penghalusPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanMesin yang terdiri daripada dua ceper bergigi yang menegak, satu daripada nya pegun dan yang satu lagi berputar. Mesin ini bergerak berterusan untuk meleraikan dan menghaluskan stok, biasanya serpai halus dalam penyediaan pulpa.
advertorialiklan rencanaKomunikasiKorporatSalah satu daripada genre iklan media elektronik dan media cetak. Genre iklan ini dikenali dengan sifat persembahan- nya yang menyerupai sebuah artikel, berita atau sebuah rancangan bicarawara. Pendekatan penulisan dan persembahannya menggunakan teknik penulisan sebuah berita atau artikel dan penerbitan sebuah rancangan radio atau televisyen. Pendekatan ini juga menekankan aspek realiti barangan atau perkhidmatan, dan kerap mengaitkan hasil penyelidikan barangan tersebut dengan fakta tentang kebaikan barangan. Kadangkala pendekatan ini melibatkan jurucakap profesional serta individu terkenal dan berwibawa bagi membina kesedaran jenama dalam kalangan khalayak.
coral reefterumbu karangSains MarinTiadaSatu ekosistem laut yang sangat tinggi kepelbagaian biologi- nya yang dibentuk oleh organisma karang di kawasan laut tropika yang rendah kandungan nutriennya. Organisma karang ialah haiwan di bawah filum Cnidaria yang merupakan polip kecil yang hidup secara koloni dan merembeskan bahan berkapur yang membentuk terumbu tersebut. Terdapat berbagai spesies karang yang menghasilkan rangka yang pelbagai rupa dan bentuk. Ini menjadikan terumbu karang satu ekosistem yang bersifat tiga dimensi, dan menyediakan ruang dan habitat untuk berbagai-bagai spesies hidupan laut untuk tinggal dalam ekosistem tersebut.
genomegenomHerbaFitokimiaTurutan DNA lengkap bagi satu set kromosom. Istilah genom boleh digunakan secara khusus bagi maksud set lengkap DNA nukleus dan juga bagi organel yang mengandungi DNA-nya sendiri. Contohnya, genom mitokondria atau kloroplas. Dalam bidang biologi, genom sesuatu organisma ialah maklumat warisan menyeluruh yang dikodkan dalam DNA atau RNA bagi virus. Dalam Projek Genom Manusia, lebih daripada 20,000 gen telah dikenal pasti.
Liederkreis/Liederzyklussiklus liedMuzikTiada

Satu set lieder yang dihasilkan dan disusun berdasarkan satu tema am seperti cinta dan alam semula jadi. Puisi siklus lied adakalanya merupakan hasil karya seorang penyajak. Contoh­nya, Dichterliebe, Op. 48 (1840) oleh Robert Schumann dan Winterreise, D. 911 (1827) oleh Schubert.

compound interest diseasepenyakit bunga majmukBiologiPatologiPenyakit yang berpunca daripada sumber inokulum yang meningkat dari semasa ke semasa dalam suatu musim. Oleh itu patogennya mempunyai beberapa keturunan dalam satu musim tanam. Pada penyakit ini, kadar pertumbuhan (r)nya dinyatakan sebagai: r = Log ( X/(1-X) ) X ialah proporsi bahagian tumbuhan atau individu yang sakit berbanding dengan yang sihat. bd. penyakit bunga ringkas.
simple interest diseasepenyakit bunga ringkasBiologiPatologiPenyakit yang berpunca daripada sumber dan bilangan inokulum yang sama sepanjang masa dalam suatu musim tanam dan biasanya hanya mempunyai satu keturunan sahaja, contohnya ialah penyakit bawaan tanah. Pada penyakit ini, kadar pertumbuhan (r)nya dinyatakan sebagai: r = Log ( X/(1-X) ) X ialah proporsi bahagian tumbuhan atau individu yang sakit berbanding dengan yang sihat. bd. penyakit bunga majmuk.
exhaust manifoldpancarongga ekzosKejuruteraan AutomotifEnjinKomponen yang menghubungkan liang ekzos pada kepala silinder dengan sistem ekzos. Komponen ini terdiri daripada beberapa laluan yang bercabang mengikut bilangan liang ekzos yang membentuk satu saluran keluar ke sistem ekzos. Tujuan- nya adalah untuk mengalirkan gas ekzos keluar dari silinder enjin ke sekitaran. Komponen ini biasanya diperbuat daripada aloi atau besi tuang. Banding pancarongga pengambilan.
redox indicatorpenunjuk redoksKimiaKimia AnalisisBahan yang digunakan untuk menunjukkan takat akhir suatu titratan redoks. Terdapat dua jenis, iaitu penunjuk redoks sebenar dan penunjuk redoks tentu. Penunjuk redoks sebenar ialah apabila bahan itu mempunyai warna keadaan terturun yang berlainan dengan warna keadaan teroksidanya dan perubatan warna terjadi apabila berlaku perubahan keupayaan sistem titratan, misalnya sebatian ferum (II) fenantrolin. Penunjuk redoks tentu ialah bahan yang berubah warna hasil tindak balas nya dengan salah satu spesies dalam sistem titratan misalnya kanji.
dronedronMuzikTiada

 1.       Satu pic yang dipanjangkan selama beberapa bar dan biasa­nya                wujud di bawah baris melodi.

2.   Alat yang menghasilkan satu atau

12

Kembali ke atas