Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sebatiannya


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
sweeteningpemanisanKejuruteraanTiadaPenyingkiran sulfur atau sebatiannya daripada gas atau minyak.
macrolidemakrolidaPerubatanTiadaKumpulan antibiotik yang sebatiannya mengandungi cincin lakton makrosiklik yang (di mana) molekul-molekul gulanya terikat. Ubat ini bertindak merencat pertumbuhan bakteria dengan menghalang sintesis protein. Makrolida digunakan untuk merawat jangkitan bakteria terutamanya bakteria atipikal. Contoh ubat ialah Erythromycin, Roxithromycin, Clarithromycin dan Azithromycin.
respirationrespirasiBotaniTiadaProses pengoksidaan yang sebatiannya teroksida kepada karbon dioksida dan oksigen diturunkan bagi membentuk molekul air dalam sel. Antara sebatian yang boleh bertindak sebagi substrat bagi respirasi ialah kanji, fruktan, glukosa, lemak dan gula. Kebanyakan tenaga yang dibebaskan semasa respirasi ialah haba. Formula respirasi boleh dilihat melalui persamaan seperti yang berikut: C6H12 + O6 + 6O2 6CO2 + 6H2O + tenaga
trace elementunsur surihKimiaTiadaUnsur (dan sebatiannya) yang diperlukan dalam jumlah yang sangat kecil oleh organisma hidup. Misalnya tumbuhan memerlukan ferum, kuprum dan klorin, manakala haiwan pula memerlukan ferum, kuprum, iodin, mangan, kobalt, selenium dan kalium. Sin. mikronutrien.
brominismbrominismeFarmasiFarmakologiKeracunan akibat penggunaan kronik bromina atau sebatiannya. Keadaan ini berlaku apabila kepekatan bromina dalam cecair tubuh mencapai aras toksik dan menekan fungsi sistem saraf pusat. Simptom keracunannya termasuklah kelembapan mental, kehilangan koordinasi otot dan ruam pada kulit.
chromitekromitKimiaTiada2. Ferus kromit, sumber logam krominium dan sebatiannya, FeO.Cr203.
dispersesebar; serakPertanianTiadaMencerai atau mengasingkan zarah-zarah tanah daripada sebatiannya.
chromium poisoningkeracunan kromiumKimiaForensikKeracunan akibat pendedahan kepada kromium atau sebatiannya, misalnya kali um kromat, kalium dikromat, atau asid kromik. Kromium dan kromat merengsakan dan memusnahkan sel badan. Tanda utama keracunan ialah kerengsaan atau kakisan. Keracunan akut akibat pengingesan menyebabkan pening, dahaga yang teramat, sakit abdomen, muntah, kejutan, dan oliguria atau anuria. Kematian adalah disebabkan uremia. Keracunan kronik akibat penyedutan atau penyentuhan kulit menyebabkan dermatitis dengan edema, dan pengulseran yang sembuh secara perlahan-Iahan. Penyedutan wasap kromium pada jangka masa yang lama menyebabkan pengulseran tanpa sakit, perdarahan, dan peliangan septum nasal berserta dengan lelehan nasal yang busuk. Konjunktivitis, lakrimasi, dan hepatitis akut dengan demam kuning juga pernah diperhatikan. Penemuan dalam hepatitis akut termasuk loya dan muntah, hilang selera makan, dan hati yang membesar dan menjadi lembut. Dos maut kromat terlarutkan adalah lebih kurang 5 g, dan had pendedahan kepada debu logam dan
chrome ironstonebatu besi kromiumKimiaTiadaFerus kromit, sumber logam kromium dan sebatiannya, FeO.Cr2O3.
phosphorousfosforusPentadbiran PerniagaanTiadaUnsur bukan logam yang wujud dalam gabungan dengan alkali, sebatiannya merupakan sumber tenaga utama dalam pengecutan otot, dan perlu dalam perubahan glikogen menjadi glukosa.
123

Kembali ke atas