Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : seberapa cepat yg dapat, selekas mungkin; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
mungkin (kata tugas)
Bersinonim dengan barangkali, boleh jadi, harus, tidak mustahil, agak-agaknya, mudah-mudahan, mentak;,
Kata Terbitan : memungkinkan, kemungkinan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
prestissimoprestissimoMuzikTiada

 Tempo yang secepat mungkin.

free crushingpenghantaran percumaKejuruteraanKejuruteraan KimiaKaedah penghancuran yang direka bentuk dan dikendalikan supaya ketulan pepejal yang telah pecah boleh dikeluarkan secepat mungkin daripada alat penghancur. Saiz ketulan produk yang tidak menepati saiz tertentu akan disuap balik ke dalam penghancur. Kaedah ini merupakan kaedah penghancuran cekap dan dengan itu dikatakan proses penghancuran percuma.
conventional cateringpengurusan penyediaan makanan secara tradisiPentadbiran PerniagaanTiadaSistem pengurusan yang menyediakan makanan daripada bahan-bahan mentah sebaik sahaja dipesan dan dihidang dengan secepat mungkin.
early weanedsapih awalVeterinarTiadaAnak haiwan yang dipisahkan daripada ibunya atau dihentikan daripada menyusu bagi memudahkan pengurusan secara berasingan. Ibu yang diasingkan daripada anaknya lebih awal boleh dikondisikan supaya dapat dikahwinkan semula secepat mungkin. Ibu yang menyusukan anak akan lambat datang estrus dan keadaan ini akan melambatkannya bunting semula.
prompt paymentpencepatan bayaran hutangEkonomiEkonomi IslamPengurangan jumlah bayaran hutang yang disebabkan oleh pembayaran hutang yang dilakukan lebih awal daripada tempoh ditetapkan. Pengurangan ini diberikan sebagai galakan supaya individu yang berhutang melunaskan hutangnya secepat mungkin. Tindakan ini membolehkan pemberi hutang mendapatkan semula wangnya lebih awal manakala individu yang berhutang pula mendapat pengurangan jumlah bayaran balik hutang. Jumlah pengurangan atau potongan boleh dimasukkan dalam dokumen perundangan utama bagi transaksi hutang Islam di bawah klausa ibra’.
secsecMuzikTiada

Penghasilan artikulasi secara pantas dan tangkas untuk meredamkan bunyi secepat mungkin bagi mengelakkannya dari­pada terus bergema.

Good Collection Practices (GCP)Amalan Pengumpulan Baik (GCP)HerbaTiadaGaris panduan berkaitan dengan amalan dan prosedur yang perlu dipatuhi untuk pengumpulan dan penuaian bahan herba. Kakitangan yang terlibat mesti mahir, mempunyai latihan botani yang memadai serta tahap kebersihan dan kesihatan yang baik. Semasa pengumpulan, peralatan dan kemudahan yang digunakan harus bebas daripada pencemaran silang dan bahan herba yang dituai mestilah mengandungi hasil dan komponen kimia aktif pada tahap yang optimum. Pengumpulan liar harus mematuhi peraturan pemuliharaan negara dan serantau, dan tidak menyebabkan pemusnahan biodiversiti. Bahan terkumpul harus bebas daripada rumpai toksik dan harus diangkut secepat mungkin ke tapak pemprosesan. GCP ini merupakan sebahagian daripada proses jaminan kualiti untuk memastikan penghasilan bahan herba yang berkualiti tinggi dan produk herba yang selamat dan berkesan. Amalan ini juga dapat mengawal kemampanan bahan herba dan kelestarian sumber semula jadi. Sinonim GCP.

Kembali ke atas