Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.ki.tar] | سکيتر

Definisi : 1. sekeliling: suasana di ~ tempat itu sunyi senyap; yg banyak diperbualkan mereka ialah kejadian-kejadian penting di ~ tanah air; 2. bp lebih kurang, kira-kira: gajinya ~ dua ratus ringgit sebulan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.ki.tar] | سکيتر

Definisi : sekeliling sesuatu tempat dll: Suasana di ~ tempat itu sunyi senyap. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
environmental management systemsistem pengurusan alam sekitarAlam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG)Alam SekitarSistem yang terdiri daripada elemen yang saling berkaitan dalam sesebuah organisasi seperti struktur organisasi, peranan dan tanggungjawab, perancangan dan operasi, penilaian prestasi dan penambahbaikan dalam menguruskan alam sekitar.
ecocidepemusnahan alam sekitarAlam SekitarTiadaKerosakan atau pemusnahan alam sekitar sama ada oleh manusia atau mana-mana agensi oleh sebarang tindakan seperti penggunaan senjata nuklear, sumber-sumber eksploitasi yang berlebihan, atau penggunaan bahan kimia berbahaya.
environmental technologyteknologi alam sekitarTeknologi HijauReka Bentuk Teknologi HijauPenggunaan prinsip sains dan matematik dalam pemantauan, pengawalan dan pemuliharaan alam sekitar. Teknologi alam sekitar merangkumi reka bentuk peranti, simulasi proses dan meramal potensi kesan negatif bahan cemar terhadap alam sekitar. Contohnya, teknologi hijau dan teknologi bersih.
environmental justicekeadilan alam sekitarAlam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG)SosialPendekatan bahawa setiap individu atau kumpulan individu berhak mendapat layanan saksama untuk hidup dalam persekitaran yang bersih dan selamat menurut peraturan, dasar dan undang-undang alam sekitar.
environmental degradationkemerosotan alam sekitar/ rosot alam sekitarUmumTiadaTiada
green softwareperisian mesra alamAlam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG)Alam SekitarPerisian yang mengurangkan kesan alam sekitar. Lihat juga green information technology.
greenlabelingpelabelan hijauAlam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG)Alam SekitarProses melabelkan produk selaras dengan piawaian pihak berwajib untuk memenuhi kriteria alam sekitar yang khusus.
greenwashingacah hijauAlam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG)Alam SekitarPemanipulasian maklumat oleh sesebuah organisasi yang mendakwa produk atau operasinya mesra alam sekitar kepada orang awam.
environmental forecastingperamalan alam sekitarTeknologi HijauReka Bentuk Teknologi HijauPengunjuran arah aliran masa hadapan alam sekitar berdasarkan pengalaman masa lalu dan terkini. Peramalan alam sekitar mungkin dilakukan dengan jangkaan pemboleh ubah berkepentingan pada masa hadapan.
environmental, social and governance (ESG)alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG)Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG)SosialTiga elemen untuk mengukur kesan perniagaan terhadap masyarakat dan alam sekitar, termasuklah ketelusan dan kebertanggungjawaban.
12345678910...

Kembali ke atas