| semantic | semantik | Kesusasteraan | Tiada | Ilmu mengenai makna atau erti kata. Semantik boleh juga diertikan sebagai kajian makna perkataan atau ungkapan linguistik. Pengajian semantik berlaku pada semua peringkat bahasa daripada bunyi hingga wacana. Pada peringkat kata, pengajian biasanya dikenali sebagai semantik leksikal dan pada peringkat wacana dikenali sebagai semantik wacana. |
| semantics | semantik | Teknologi Maklumat | Perisian | Set rentetan dalam bahasa pengaturcaraan komputer yang mempunyai makna tetapi berbeza dengan sintaks. Semantik menghuraikan cara simbol yang digabungkan secara bebas sehinggga memberikan suatu makna. Bagi semantik, bahasa pengaturcaraan ialah fungsi atur cara untuk mencapai matlamatnya. Contohnya, semantik gelung ‘While-Do’ dalam bahasa pengaturcaraan C atau Java melaksanakan lelaran selagi syarat gelung dipatuhi. |
| semantic memory | ingatan semantik | Psikologi | Psikologi Umum | Ingatan tentang pengetahuan umum seperti fakta, peraturan dan proposisi. Berdasarkan ingatan semantik, seseorang individu boleh menjelaskan kucing itu sebagai haiwan yang kecil, berkaki empat dan berbulu yang menghabiskan kebanyakan masanya untuk tidur. Sinonim memori semantik. |
| semantic memory | memori semantik | Psikologi | Psikologi Umum | Lihat ingatan semantik. |
| rangkaian semantik | semantic network | Kecerdasan Buatan | Taakulan | Satu kaedah perwakilan pengetahuan yang memodelkan hubungan bermakna antara objek atau konsep dalam struktur berpautan yang terdiri daripada nod (mewakili konsep) dan pautan (mewakili hubungan antara konsep tersebut). Sebagai contoh, dalam pernyataan �DBP mempunyai sebuah kereta berjenama Proton dan berwarna biru�, entiti seperti DBP, kereta, Proton dan biru diwakili sebagai nod, manakala hubungan seperti mempunyai, berjenama dan berwarna diwakili sebagai pautan yang menghubungkan nod tersebut. |
| semantic | makna/semantik) | Kesusasteraan | Tiada | Cabang ilmu linguistik yang mengkaji perihal makna. |
| linguistic semantics | semantik bahasa | Linguistik | Tiada | Tiada |
| universal semantics | semantik sejagat | Linguistik | Tiada | Tiada |
| combinatorial semantics | semantik gabungan | Linguistik | Tiada | Tiada |
| generative semantics | semantik generatif | Linguistik | Tiada | Tiada |