Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
penuh (adjektif)
1. Bersinonim dengan berisi: tepu, padat, pepak, mampat, tumpat, sarat, pejal, rapat, ketat, sendat, lejuh, merepuh,
Berantonim dengan kosong

2. Bersinonim dengan banyak: sesak, sakan, bertimbun-timbun, berlebihan, melimpah, melaut, lebat, rendang, merenduh, berkelun-kelun, berkepul-kepul, bergumpal-gumpal, rapat, tebal, rimbun, belanar, jenuh,
Berantonim dengan sedikit

3. Bersinonim dengan lengkap: cukup, sempurna, memadai, genap, tuntas,
Berantonim dengan kurang

4. Bersinonim dengan ramai: banyak, berduyun-duyun, berpusu-pusu, berasak-asak, bersesak-sesak, berbondong-bondong, terpermanai, berjuak-juak,
Berantonim dengan sedikit

Kata Terbitan : sepenuhnya, memenuhi, memenuhkan,

Peribahasa

254

Make hay while the sun shines

Ambillah kesempatan sepenuhnya daripada keadaan atau peluang yang ada sebelum ia lenyap.

Menjemur sementara panas

"People are going to tight pants this season, and we should quickly make hay while the sun shines," said the boutique owner, hoping to reap a big profit out of the short-lived favourable situation.

''Musim ini, orang suka pakai seluar ketat, dan kita perlulah segera menjemur sementara panas,'' kata pemilik butik itu yang berharap dapat mengaut keuntungan besar daripada keadaan itu yang datang hanya sekejap.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(2)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
solely responsibletanggungjawab sepenuhnyaSukanTiadaTugas tertentu yang dipertanggungjawabkan sepenuhnya kepada pengadil.
stallpegunAeroangkasaTiadaPegun: Pemisahan sepenuhnya aliran sempadan dari permukaan atas aerofoil dan mengakibatkan pengurangan besar atau kehilangan sepenuhnya daya angkat.
strong acidasid kuatKimiaTiadaAsid yang tercerai sepenuhnya menjadi ion di dalam larutan. Misalnya, hidrogen klorida terurai sepenuhnya di dalam air untuk menghasilkan ion hidrogen dan ion klorida, HCI → H+ + CIֿ
strong basebes kuatKimiaTiadaBes yang tercerai sepenuhnya menjadi ion di dalam larutan. Misalnya, natrium hidroksida terurai sepenuhnya di dalam air untuk menghasilkan ion natrium dan hidroksil, NaOH→Na+ + OHˉ.
mudarabah muntahiyah bi tamlikperkongsian mudarabah berakhir pemilikanPerniagaan IslamTiadaPemilikan bersama antara pemodal dengan pengusaha dan salah satu pihak bersetuju mengurangkan pemilikan sehingga dimiliki sepenuhnya oleh pihak lain. Contohnya, perniagaan yang dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan dan akhirnya peniaga memiliki sepenuhnya perniagaan tersebut berserta syarat yang telah dipersetujui.
full throttlependikit penuhKejuruteraan AutomotifEnjinKedudukan injap pendikit yang terbuka sepenuhnya yang dicapai dengan menekan injak pemecut sepenuhnya ke lantai kenderaan. Keadaan ini bergantung pada laras yang ditentukan.
immature apexapeks tak matangPergigianTiadaHujung akar gigi yang belum terbentuk sepenuhnya. Hujung apeks yang tidak matang ini berkeadaan terbuka. Proses kematangan apeks mengambil masa tiga hingga enam bulan untuk erupt sepenuhnya dalam mulut.
basal metabolism ratekadar metabolik asasVeterinarTiadaKadar tenaga yang diperlukan oleh tubuh ternakan dalam keadaan rehat sepenuhnya. Kadar ini hendaklah diukur semasa ternakan tersebut dalam keadaan rehat sepenuhnya, berada dalam keadaan termoneutral dan telah berpuasa selama 12 jam. Kadar ini dinyatakan sebagai unit kJ/ W 0.75. KJ ialah kilojoule dan W ialah berat tubuh.
maturitykematanganPerhutananPengurusan Hutan1. Peringkat umur ketika pokok atau tumbuhan telah terbentuk sepenuhnya, sama ada pada keupayaan pokok tersebut untuk menghasilkan buah ataupun telah mencapai umur yang sesuai untuk diusahahasilkan dari segi ekonomi. 2. Buah yang telah terbentuk sepenuhnya dari segi isi dan bijinya untuk tumbuh menjadi benih yang baru.
pilot testingujian rintisTeknologi MaklumatTiadaProses menilai sesuatu perisian/perkakasan dalam persekitaran yang lebih kecil berbanding dengan persekitaran sepenuhnya dalam sesebuah organisasi. Ujian rintis dijalankan untuk mengenalpasti dan mengatasi masalah yang timbul sebelum pelaksanaan sepenuhnya dilakukan. Contohnya, pelaksanaan sekolah bestari dirintis dahulu di berapa sekolah sebelum diperluas di sekolah seluruh negara.
12345678910...

Kembali ke atas