| dog | corot | Sukan | Boling | Pemain yang memperoleh jumlah mata serendah dalam satu siri permainan. |
| hellaflush | perendahan kereta | Kejuruteraan Automotif | Tiada | Trend pengubahsuaian kereta yang bertujuan untuk merendahkan kereta serendah yang mungkin dengan menggunakan rim yang lebih lebar daripada tayar sehingga menyebabkan tayar terpaksa ditarik menjadi kangkang ketika dipadankan dengan rim. Sistem suspensi kereta diubah suai bagi menampakkan tayar merapat ke ruang roda dan juga sudut kamber diubah kepada sudut lebih negatif bagi merendahkan lagi kereta tersebut sehingga menampakkan tayar kangkang. Lihat juga tayar kangkang. |
| hellaflush | perendahan kereta | Kejuruteraan Automotif | Tiada | Trend pengubahsuaian kereta yang bertujuan untuk merendahkan kereta serendah yang mungkin dengan menggunakan rim yang lebih lebar daripada tayar sehingga menyebabkan tayar terpaksa ditarik menjadi kangkang ketika dipadankan dengan rim. Sistem suspensi kereta diubah suai bagi menampakkan tayar merapat ke ruang roda dan juga sudut kamber diubah kepada sudut lebih negatif bagi merendahkan lagi kereta tersebut sehingga menampakkan tayar kangkang. Lihat juga tayar kangkang. |
| eutectic | eutektik | Fizik | Haba | Sifat yang berkaitan dengan pelakuran dua atau lebih bahan pada suhu yang serendah mungkin. |
| deep hypothermic circulatory arrest (DHCA) | henti edaran darah hipotermik dalam (DHCA) | Perubatan | Tiada | Teknik menurunkan suhu badan ke paras serendah 15°C untuk memegun jantung dan seterusnya mengakibatkan peredaran darah dalam badan terhenti. Teknik ini biasanya digunakan semasa pembedahan pintasan jantung koronari. |
| low-cost strategy | strategi kos rendah | Pengurusan | Perancangan | Pendekatan strategi perniagaan yang ditetapkan oleh pengurusan organisasi untuk mencapai tahap kos keseluruhan operasi yang serendah mungkin. Pendekatan ini diambil bagi mencapai keberkesanan kos berbanding dengan pesaing lain untuk produk atau perkhidmatan yang sama. Strategi kos rendah paling berkesan dalam pasaran yang dipenuhi dengan pembeli atau pengguna yang peka terhadap harga sesuatu produk. Contohnya, pendekatan yang digunakan oleh restoran yang membeli bahan mentah terus daripada pembekal atau tanpa orang tengah, seperti membeli makanan laut daripada nelayan di jeti atau membeli sayur-sayuran terus daripada peladang. |
| colocynth poisoning | keracunan kolosin | Kimia | Forensik | Keracunan disebabkan pendedahan kepada kolosin, iaitu perengsa dan katartik yang sangat berbahaya yang terdapat pada tumbuhan Cilrullus colocynthis. Dos parah mungkin serendah 1 mL atau 1 g. Tanda utama keracunan akut akibat pengingesan atau penggunaan pada kulit ialah muntah, cirit-birit dan pengsan. Gejala keracunan termasuk pedih dalam mulut dan perut, tenesmus, muntah, cirit berair atau berdarah, pucat, pengsan, tekanan darah jatuh, takikardia, koma dan mati. Penemuan makmal menunjukkan darah kasar atau okulta dalam tinja, proteinuria dan hematuria kasar atau mikroskopik. Penemuan patologi pula ialah kesesakan dan perubahan kemerosotan saluran gastrousus, hati, buah pinggang dan otak. |
| aconite poisoning | keracunan akonit | Kimia | Forensik | Keracunan akibat pengingesan atau penyerapan melalui kulit akonit, iaitu ekstrak tumbuhan Aconitum. napellus yang mengandungi akonitina sebagai bahan utama. Dos maut mungkin serendah I g tumbuhan, 5cm3 tinktur, atau 2 mg akonitina. Tanda utama keracunan ialah tekanan darah rendah dan pernafasan perlahan. Keracunan akut akibat pengingesan atau penyerapan kulit menyebabkan loya dan muntah; pedih diikuti dengan rasa kebas dan berdenyut pada mulut, kerongkong, dan tangan; rabun penglihatan; nadi perlahan dan lemah; tekanan darah turun; sakit dada; pernafasan lemah; konvulsi; dan mati akibat kegagalan pernafasan atau fibrilasi ventrikular. Keracunan kronik akibat penggunaan berulang atau pengingesan menyebabkan gejala yang sama dengan keracunan akut. Sinonim keracunan akonitina. |
| coccaine poisoning | keracunan kokaina | Kimia | Forensik | Keracunan akibat pendedahan kepada kokaina, iaitu ubat yang digunakan sebagai anestetik setempat pada membran mukus. Dos parah selepas digunakan pada membran mukus mungkin serendah 30 mg. Kepekatan toksik adalah dari 0.5 �g/mL. Tanda utama keracunan ialah konvulsi dan kegagalan pereda ran darah. Keracunan akut teljadi akibat pengingesan, penyuntikan, atau penyerapan melalui membran mukus atau pelelasan kulit. Gejala awal termasuklah keresahan, keadaan terangsang, halusinasi, takikardia, anak mata terbeliak, sejuk atau demam, aberasi deria, sakit abdomen, muntah, rasa kebas, dan spasma otot. Ini diikuti dengan pernafasan tak seragam, konvulsi, kegagalan peredaran darah dan koma. Kematian mungkin teljadi segera selepas penggunaan kokaina atau mungkin tertangguh selama 1- 3 jam. Keracunan kronik akibat pengingesan, penyuntikan atau penyerapan membran mukus atau pelelasan kulit menyebabkan halusinasi, kerosakan mental, hilang berat badan, atau perubahan watak. Penggunaan kokaina sebagai bahan sedutan boleh meny |
| isotope mixing | pencampuran isotop | Kejuruteraan | Tiada | Proses resapan olakan bergelora atau proses lain dalam pemisahan isotop dengan peresapan gas melalui sawar, yang kecerunan kepekatan isotop ringannya normal kepada sawar peresapan dikekalkan serendah mungkin. |