Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata shakespeare


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
romantic comedykomedi romantikKesusasteraanTiadaBentuk drama yang mengandungi unsur-unsur romantik. Komedi romaktik diperkenalkan oleh Shakespeare dan beberapa orang penulis lain pada zaman Elizabethan. Biasanya drama romantik bertemakan cinta yang berakhir dengan kebahagian. Contohnya drama Shakespeare yang berjudul A Midsummer Night�s Dream, As You Like It dan Twelve Night.
play within a playdrama dalam dramaKesusasteraanTiadaDrama berbentuk lakonan dalam lakonan. Contohnya, drama Hamlet karya Shakespeare. Drama Hamlet memperlihatkan bagaimana hamlet menyusun persembahan tentang pembunuhan raja. Tujuannya untuk menyindir bapa tirinya yang membunuh bapa kandungnya.
play-within-playdrama dalam dramaKesenianDrama dan TeaterGenre drama berbentuk lakonan dalam lakonan. Contohnya, drama Hamletkarya Shakespeare. Drama Hamletmemperlihatkan cara Hamlet menyusun persembahan tentang pembunuhan raja. Tujuannya untuk menyindir bapa tirinya yang membunuh bapa kandungnya.
actbabakKesusasteraanTiadaBahagian dalam sesuatu cerita, lakonan atau sandiwara. Babak juga merupakan elemen struktur mekanikal dalam drama. Contohnya, sesetengah drama Shakespeare mempunyai lima babak, sementara drama Ibsen mempunyai empat babak. Kebanyakan drama moden pada kukun ke-20 boleh dibahagikan kepada tiga babak sahaja. Babak pula dibahagikan kepada beberapa adegan dan setiap adegan diolah untuk menyumbang kepada pengaliran cerita. Lihat juga adegan.
poetic dramadrama puitisKesusasteraanTiadaDrama yang ditulis dalam bentuk puisi semata-mata untuk dipentaskan. Drama ini ditemui dalam kebanyakan drama Shakespeare dan drama T.S.Eliot berjudul Murder in the Cathedral. Contoh dalam sastera Melayu ialah Pengakuan Pariyem oleh Linus Suryadi AG dan Matinya Seorang Pahlawan oleh Usman Awang. Contoh dalam sastera Arab ialah Masra �Kilyubatrah oleh Ahmad Shawqi, dan dalam sastera parsi ialah Sarnivishi Parviz oleh �Ali Muhammad Khan Uvaysi.
new comedykomedi baruKesusasteraanTiadaBentuk drama cereka bertemakan cinta dan persoalan kehidupan harian. Komedi ini menggantikan komedi lama Yunani, menjadi asas kepada komedi Shakespeare dan komedi lain yang sama dengannya. Tidak seperti komedi lama, komedi baru mengetepikan unsur satira tentang isu semasa. Plotnya bersifat cereka, wataknya stereotaip dan ceritanya berakhir dengan kebahagian. Di samping itu, unsur korus dalam komedi lama telah digantikan dengan selingan muzikal. Banding komedi lama.
classical antiquitybaharian klasikKesusasteraanTiadaKarya sastera klasik yang dianggap paling utama dan paling penting di dunia. Antaranya, Illiad dan Odyssey Homer, Poetics oleh Aristotle, Hamlet oleh Shakespeare, dan Paradise Lost oleh Milton.
braggadociobraggadocioKesusasteraanTiadaWatak dalam drama komedi Greek dan roman. Watak ini digambarkan sombong, bongkak, bercakap besar, temberang, tetapi sebenarnya pengecut. Contohnya watak Don Adriano de Armada dalam karya Shakespeare berjudul Labour�s Lost. Jika watak braggadocio ialah seorang askar, watak itu digelar mile gloriosus.
comic reliefkelegaan komikKesusasteraanTiadaAdegan yang melegakan buat sementara waktu ketika ketegangan aksi memuncak. Adegan ini biasa ditemui dalam drama tragedi. Contohnya, dalam drama berjudul King Lear oleh Shakespeare. Adegan dalam drama ini dapat dilihat melalui watak fool (badut) bergurau dengan Lear. Adegan ini juga ditemui dalam drama Shakespere berjudul Macbeth melalui watak penjaga pintu yang mabuk. Adegan yang melibatkan penakawan dalam cerita wayang kulit juga dianggap sebagai kelegaan komik. Lihat juga tragedi.
tragi-comedytragi-komediKesusasteraanTiadaBentuk drama yang menggabungkan ciri, bentuk tragedi, dan komedi. Gabungan termasuklah unsur keterbalikan nasib protagonis daripada tragis kepada gembira. Contoh tragi-komedi ditemui dalam drama The Merchant of Venice oleh Shakespeare.
1234

Kembali ke atas