| whistle-speech | pertuturan siulan | Pendidikan | Tiada | Tiada |
| bells-and-whistles | loceng dan siulan | Teknologi Maklumat | Tiada | Ciri-ciri menarik yang ditambah dalam sistem komputer atau perisian untuk memberi gambaran canggih dan menarik minat pelanggan. Banding vanila biasa |
| asthma | asma | Perubatan | Tiada | Penyakit yang bercirikan kesukaran bernafas yang berulang disertai dengan batuk dan bunyi seperti siulan. Keadaan ini disebabkan penyempitan saluran pernafasan akibat alahan, jangkitan atau senaman. |
| onomatopoeia | tiru bunyi | Kesusasteraan | Puisi | Bahasa kiasan yang diterapkan oleh penyair yang lazimnya dipadankan atau ditiru daripada sesuatu bunyi, suara, siulan atau gema yang dikeluarkan sama ada oleh manusia, binatang atau objek tertentu. Contohnya, puisi berjudul "Gakgakgak" Karya A. Ghafar Ibrahim. Sinonim ajukan, onomatopia. gagak-gagak bukan mau berlagak gagak-gagak jiwa mereka menggelegak hidupkan api api kehidupan segar nikmati sepi sepi yang tidak mati-mati gak ... |
| asthma | asma | Kejururawatan | Tiada | Keadaan pulmonari tersekat yang dicirikan dengan serangan sesak nafas yang berulang dari masa ke masa, dan menghasilkan bunyi seperti siulan akibat penyempitan bronkus dan penghasilan sekresi yang banyak. |
| asthma | asma | Perubatan | Tiada | Keadaan yang ditandai dengan serangan sesak nafas (dispnea) ataupun semput yang berulang dari masa ke masa, dan yang menghasilkan bunyi seperti siulan akibat penyempitan bronkus secara berbalik. |