Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
sungkup
Kata Terbitan : penyungkup, bersungkup, menyungkup, tersungkup,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
face mask ventilationventilasi sungkup mukaPerubatanTiadaVentilasi dengan menggunakan topeng muka dan litar anestesia kepada pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan.
controlled oxygen therapyterapi oksigen terkawalPerubatanTiadaPemberian oksigen dalam kepekatan tertentu bergantung pada keperluan pesakit seperti kepekatan oksigen 25%, 30% atau 40%. Oksigen boleh diberikan dengan menggunakan sungkup muka, kateter hidung dan ventilator.
bag-valve-mask ventilationventilasi beg-injap-sungkupPerubatanTiadaTeknik ventilasi bantuan dengan menggunakan alat pernafasan yang terdiri daripada beg berinjap yang disambungkan ke sungkup muka.
crash inductioninduksi kilatPerubatanTiadaKaedah induksi secara berurutan dan cepat, biasanya dilakukan terhadap pesakit yang menjalani pembedahan kecemasan. Pada mulanya, pesakit diberikan oksigen sebanyak 100% selama 3 hingga 5 minit dengan menggunakan sungkup muka. Kemudian, pesakit diberikan suntikan ubat induksi intravena dengan dos yang telah ditetapkan tanpa menunggu pesakit tidak sedarkan diri.
bubble-through humidifierpelembap laluan gelembungPerubatanTiadaAlat untuk melembapkan oksigen sebelum disalurkan kepada pesakit. Kaedah ini dilakukan dengan mengalirkan oksigen ke dalam takungan air dan oksigen yang terhasil akan tersalur ke tiub pernafasan lalu masuk ke sungkup muka pesakit.
anaesthetic masksungkup anestesiaPerubatanTiadaAlat khas yang diperbuat daripada polivinil klorida (PVC) atau getah silikon bermutu tinggi yang dilekapkan ke muka untuk menutup mulut dan hidung. Alat ini digunakan untuk memberi gas anestetik dan agen meruap kepada pesakit. Sinonim sungkup anatomi.

Kembali ke atas