| modular furniture | perabot bermodul | Kesenian | Tiada | Perabot yang boleh diubahsuaikan susunannya mengikut kehendak penggunanya. |
| flux trap reactor | reaktor perangkap fluks | Kejuruteraan | Tiada | Reaktor nuklear yang susunannya dibuat bagi membolehkan fluks neutron tertumpu pada bahagian teras. |
| kelarai sinalari(Mur.) | kelarai sinalari(Mur.) | Kesenian | Tiada | Corak anyaman yang susunannya menyelang-nyelikan antara motif sinusu dengan motif yang lain. |
| flemish bond | susunan flemish | Kejuruteraan | Kejuruteraan Bangunan | Susunan bata yang setiap susunannya mengandungi bata pengepala dan bata peregang secara bersilih ganti. Susunan flemish terdapat pada dinding luar yang tebalnya tidak kurang daripada panjang seketul bata. |
| domain | domain | Teknik | Elektrik | Unsur atom atau molekul magnet yang teratur susunannya dalam bahan magnet. |
| cloud variety | varieti awan | Sains | Hidrometeorologi | Pengelasan awan berdasar ciri-ciri khas susunannya dan kelutsinaran awan. |
| null matrix | matriks nol | Matematik | Tiada | Matriks yang setiap unsur dalam tata susunannya bernilai sifar. |
| recit | recit | Kesusasteraan | Tiada | Susunan jalan cerita yang tertera dalam teks sastera, tetapi susunannya tidak teratur. Konsep recit memperluaskan perbincangan ciri puitika yang dikemukakan oleh Aristotle untuk membezakan jalan cerita yang disusun mengikut susunan masa atau histoire, dengan cerita yang dipersembahkan oleh pengisah. Konsep ini diketengahkan oleh ahli strukturalisme Perancis pada tahun 1960-an. Konsep ini diambil daripada konsep formalisme Rusia sjuzet yang lebih kurang sama maksudnya. |
| textura angularis | tekstura angularis | Biologi | Mikologi | Tekstura yang terdiri daripada sel-sel hifa yang pendek, berbentuk polihedron, dan tidak mempunyai ruang antara sel kerana susunannya yang amat padat. |
| textura | tekstura | Biologi | Mikologi | Tisu yang terdiri daripada jalinan hifa yang membentuk cendawan. Terdapat banyak jenis tisu cendawan bergantung pada jenis sel hifa dan kepadatan susunannya. |