| penjanaan bahasa tabii | natural language generation | Kecerdasan Buatan | Komunikasi | Subbidang pemprosesan bahasa tabii (NLP) yang bertumpu pada pembangunan sistem AI yang mampu menjana teks atau pertuturan secara automatik. Proses ini menggunakan teknik NLP untuk memanipulasi data, fakta atau maklumat berstruktur kepada bahasa tabii yang koheren, relevan daripada segi konteks dan tatabahasa, seolah-olah ia ditulis atau dituturkan oleh manusia. Contoh aplikasi yang menggunakan teknologi ini untuk berkomunikasi dengan manusia ialah bot sembang, pembantu maya dan soal jawab. Lihat juga pemahaman bahasa tabii, pemprosesan bahasa tabii. |
| natural language understanding | pemahaman bahasa tabii | Komputer | Tiada | 1. Subbidang penyelidikan kecerdasan buatan yang berkaitan dengan masalah membentuk perisian komputer yang dapat memahami bahasa tabii manusia dan dengan demikian membolehkan komputer berkomunikasi dengan manusia dalam bahasa tabii. 2. Proses memahami kandungan dan bentuk bahasa tabii manusia dengan menggunakan komputer. Singkatan NLU. |
| pemahaman bahasa tabii (NLU) | natural language understanding (NLU) | Kecerdasan Buatan | Komunikasi | Subbidang pemprosesan bahasa tabii (NLP) yang menumpukan kepada pembangunan sistem AI yang dapat mentafsir dan memahami input bahasa tabii mengikut konteks. NLU membolehkan mesin mengekstrak maklumat bermakna daripada teks atau pertuturan manusia yang tidak berstruktur, termasuk mengenal pasti maksud, niat dan hubungan semantik dalam ujaran. |
| natural language processing | pemprosesan bahasa tabii | Komputer | Tiada | 1. Subbidang penyelidikan kecerdasan buatan yang berkaitan dengan masalah membentuk perisian komputer yang dapat memproses bahasa tabii manusia. 2. Tindakan memproses bahasa tabii manusia dengan menggunakan komputer. Singkatan NLP. |
| terjemahan mesin | machine translation | Kecerdasan Buatan | Komunikasi | Proses automatik yang menggunakan kaedah pengkomputeran dan alkhwarizmi AI untuk menterjemahkan teks atau pertuturan daripada satu bahasa tabii ke bahasa tabii yang lain. Sistem ini menganalisis struktur dan makna bahasa sumber sebelum menjana terjemahan dalam bahasa sasaran secara pantas dan berskala. Contoh aplikasi terjemahan mesin ialah Google Translate, Microsoft Translator dan ChatGPT Translator. |
| natural radionuclide | radionuklid tabii | Kejuruteraan | Tiada | Nuklid tabii yang mempunyai ciri keradidoaktifan. |
| natural uranium | uranium tabii | Kejuruteraan | Tiada | Uranium dalam bentuk tabii. |
| extinct natural radionuclides | radionuklid tabii pupus | Kejuruteraan | Tiada | Radionuklid tabii yang tidak wujud lagi. |
| natural neutron | neutron tabii | Kejuruteraan | Tiada | Neutron yang dihasilkan daripada sumber tabii. |
| natural radioactive element | unsur radioaktif tabii | Kejuruteraan | Tiada | Nuklid tabii yang mempunyai ciri keradioaktifan. |