| tall stack dispersion | serak paip tumpu tinggi | Kejuruteraan | Tiada | Kaedah pengawalan bahan cemar udara yang melibatkan serakan semula jadi dengan menggunakan paip tumpu tinggi supaya kepekatan bahan cemar aras bumi boleh diterima pada setiap masa. |
| tall tales | cerita karut | Kesusasteraan | Tiada | Cerita-cerita lucu yang menggunakan unsur-unsur kejadian sebenar dan diceritakan kembali sehingga menjadi cerita yang tidak munasabah dan tidak boleh diterima akal. Contoh: cerita Selempang Merah dan cerita Datok Bahaman menyeberangi sungai Pahang. |
| tall opponent | lawan tinggi | Sukan | Tiada | Petinju yang menerima lawan yang lebih tinggi dan ini memerlukan seni perlawanan yang merumitkan. |
| tall oils | minyak tal | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Minyak berwarna kuning hitam yang berbau busuk yang terdiri daripada campuran rosin, asid lemak, storel, dan campuran alkohol berberat molekul tinggi yang diperoleh daripada likuor buangan proses mempulpa kayu cara Kraft. Minyak ini timbul di permukaan likour sulfat apabila disejukkan dan dapat diasingkan secara pengempuran. Minyak ini digunakan dalam pembuatan sabun, minyak pelincir dan cat. |
| sitting tall | penyudah seimbang | Sukan | Boling | Aksi kedudukan terakhir yang baik di garis faul dengan badan ditegakkan, punggung direndahkan dan lutut dibengkokkan. Sinonim: stay down |
| stay down | penyudah seimbang | Sukan | Boling | Lihat: sitting tall |